Amboi tajuk mengundang sangat kan?

Macam tajuk ceramah pun iya.

Tidak pasal-pasal nanti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menjengah blog picisan den ni😅.

Berat topik di hari Isnin di kala cuti umum Wesak ni ye😅.

 

Bila bekerja sebagai penjawat awam ni, dari awal Bismillah kita melapor diri lagi biasanya akan diterapkan tentang bahaya rasuah.

Kita akan didedahkan dengan kursus, ceramah/taklimat, bengkel, dsb berkaitan dengan pencegahan rasuah.

Ada pelan tindakan pencegahan rasuah bagai.

 

Tahun lepas den duduk sebelah seorang bekas pegawai kastam yang telah bersara daripada perkhidmatan awam di dalam satu penerbangan ni.

Beliau bersara pada pangkat yang tinggi dalam perkhidmatan awam.

Beliau pernah bertugas di pelabuhan di Butterworth, Pulau Pinang.

Sepanjang hampir 3 jam tu, kami sembang macam-macam cerita termasuklah tentang rasuah.

Ilmiah sangat kan den ni😅?

Cerita pasal integriti perkhidmatan awam bagai ye dengan orang tidak dikenali😅.

 

Dia agensi penguatkuasaan ni, rasuah adalah ibarat percikan air yang terkena pada diri kita apabila hujan lebat walaupun kita berpayung”.

 

Itu satu ayat beliau yang den paling ingat.

Apa maksud ayat kiasan tuh?

Kalau tanya den, den faham yang ancaman rasuah akan sentiasa ada.

Semua penjawat awam perlu berhati-hati melindungi diri sewajarnya daripada terpalit dengan rasuah macam tuh la.

Ke salah pemahaman den?

 

Sepanjang den kerja hampir 24 tahun ini (ye acik sadar acik sudah tua😅).

Ada beberapa situasi yang memang ada orang hendak bagi imbuhan secara terang-terangan walaupun kitanya tidak pernah minta pun.

Ayat yang biasa den guna adalah ‘boss/tuan/puan…tidak perlu beri apa-apa kepada saya dan pasukan saya kerana kami menjalankan tanggungjawab kami sahaja’.

Macam berlakon drama Gerak Khas la pula ayatnya ye😅.

 

Kalau pergi pemantauan jeti pendaratan ikan, once in the blue moon pasti akan ada pengusaha yang hendak bagi ikan yang baru ditangkap.

Den teringat ceramah SPRM ada dikata ‘kamu cuba fikir kalau kamu tiada kepentingan pada dia, tak kan la saja-saja dia nak bagi kamu limau ke, sport rim ke, apa ke’.

 

Cuba kome bayangkan tajuk berita ‘Seorang penjawat awam ditangkap menerima rasuah sekotak udang segar daripada pengusaha akuakultur’.

Kan macam rasa nak lempang je kalau tajuknya macam tuh.

Dia macam engkau udah kenapa ambil rasuah sekotak udang?

Idok berbaloi rasuahnya.

Begitulah.

 

Disebabkan muka den kebiasaannya orang cakap ada aura bitch resting face, makanya jarang sangat den berhadapan dengan situasi yang mendebarkan ini😅.

Bak kata Nujum Pak Belalang ‘jarang-jarang’.

Bukan tiada tapi jarang sangat berlaku.

Berguna juga muka sebegini ye sebab orang segan hendak bicara pasal rasuah.

Dia macam muka ‘nko apa hal pandang-pandang’ macam itu la😅.

Muka kerek macam tu.

Antara artis Hollywood yang ada rupa sebegini adalah Victoria Beckham, Lucy Liu, Kristen Stewart, Cara Delevingne dan Anna Kendrick.

Haruslah acik satu level bersama artis Hollywood kan😅.

Tetiba cerita pasal artis ye😅.

 

Tapi ada juga kadang-kadang dia macam grey area.

Macam adakah ianya rasuah ataupun sebenarnya orang macam rasa berterima kasih atau berbudi bahasa macam tu.

 

Contohnya ada satu kawasan ni udah disokong pun permohonan tanah kebun oleh persatuan penduduk.

Tiada masalah atau isu apa pun.

Den saja datang hendak tengok kawasan sebabnya kebun itu terletak di tepi sungai kategori kelas 1.

Kalau sungai kategori ni airnya memang jernih dan cantik.

 

Den cuma membuat lawatan tapak kerana hendak tengok sungai dan kawasan kebun deme.

Alih-alih bila den dan team sampai, dijamunya nasi lemak, kuih muih bagai.

Udah berkelah kami di atas pondok di tepi sungai😅.

Hendak ditolak katanya nanti tidak sopan pula sebab semua yang den jumpa tuh udah warga emas.

Bersungguh-sungguh pakcik-pakcik itu menerangkan nasi lemak ni isteri orang ni buat, kuih-muih orang ni buat, dsb.

Udah macam jamuan raya pun ada😅.

Lepas tuh bila dibawa tengok kebun, udah dibagi segala buah dan anak pokok bagai.

Ada pokok ajinomoto yang dibagi tuh elok sihat walafiat tumbuh dalam pasu di balkoni den sampai sekarang.

Siap den bagi dekat jiran lagi😅.

Siap bawa balik kampung elok sihat walafiat tumbuh rendang😅.

Elok meriah tumbuh sebelah kandang arnab
Kata orang buat masak lemak pun sedap tapi den tak pernah buat pun

Itu antara sekelumit kisah kerja.

 

Cumanya den rasa sedih dan terkilan juga sebenarnya.

Sebab den tidak tahu kenapa ada orang yang den jumpa rasa deme perlu bagi rasuah supaya sesuatu kelulusan/sokongan diberikan?

 

Kitanya buat kerja kita aje.

Kadang-kadang ada kawasan yang kita turun untuk pemantauan.

Kalau ada ketidakpatuhan berlaku kita bagi teguran dahulu berdasarkan isu dan pertimbangan yang dibuat.

Kita minta deme buat penambahbaikan.

Kalau ada tindakan penguatkuasaan, kita buat berdasarkan peruntukan undang-undang yang ditetapkan.

Kita ada SOP, audit, dsb.

Yang paling penting apa yang kita buat Allah akan tahu dan nampak.

 

Singapura dan Jepun (kalau tidak silap den) tiada jabatan seperti SPRM kerana integriti penjawat awam mereka sangat tinggi.

Gaji penjawat awam di kedua negara ini adalah setara atau lebih tinggi daripada gaji pekerja swasta.

Di Jepun setiap berapa tahun atau setiap tahun akan diadakan bancian tentang gaji penjawat awam vs gaji pekerja swasta (beberapa syarikat gergasi terpilih).

Selepas itu penyelarasan akan dibuat agar gaji penjawat awam bersesuaian begitu.

 

Rasuah sememangnya merosakkan kedaulatan dan keselamatan negara.

Memporak perandakan keluarga dan masyarakat juga.

Semoga Allah pelihara den dan pasukan den untuk sentiasa melaksanakan tanggungjawab selayaknya.

Semoga Allah lindungi kita daripada terjebak dengan rasuah ye.

Kita usahakan hidup molek-molek semoga Allah merahmati kita setiap hari sehingga akhir hayat kita ye.

In sya Allah.

 

 

0 Comments