Den jatuh cinta rasa pertama bila makan aiskrim mokti ni tahun 2022 kalau tidak silap. Lepas tuh memang akan beli kalau terjumpa kedainya. Den suka aiskrim yang macam ni je. Original dan toping cornflakes.

Tersinggah di sini secara tidak sengaja
Macam molek je baca buku berlatarbelakangkan Perancis sambil makan patisseries
Adoi....bila mau eat clean kan?
Cross stitch pertama den buat ni semasa den kerja di klinik gigi sambil tunggu keputusan SPM. Masih tergantung di rumah atok. 30 tahun sudah usianya.
Suka sangat kalau dalam gerabak komuter tiada orang. Ini jarang-jarang sekali berlaku ye. Biasanya komuter padat macam sardin.
Simple dinner - nasi goreng cili kering + kopi o panas
Headphones den yang banyak menemani den ke hulu ke hilir. Tiga jenama berbeza. Semua bawah RM100. Den rasa jenama Baseus yang paling molek setakat ni. 
Sudah kena bersara wajib dari aktiviti karaoke ni. Canggih benar mesin karaokenya sampai tidak reti hendak cari lagu macam mana. Suara sudah semakin terpleot pun iya.

12 Comments

  1. Setakat umur 37 tahun nie, pernah sekali je berkaraoke...memang tak reti lag...hihihi..

    Salam kenal dari linda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal linda. KSarie dulu rajin melayan karaoke dengan suami. Sekarang udah tua tak larat beno dah nak keluarkan suara

      Delete
  2. Yummm patisseries tu bikin drooling sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas tuh bikin seluar/kain tak boleh kancing sebab makin membulat

      Delete
  3. Bak kata pujangga.... "Eat clean starts tomorrow..." Hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehhe berterusan ayat ini sampai hujung tahun begitu

      Delete
  4. dulu2 x berapa suka aiskrim Mokti sbb manis sgt. skrg ni mampu beli kat Momoyo aje...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooooo baru tau ada Momoyo ye. Nak cari nanti

      Delete
  5. Kalau mokti ni mmng aiskrim gula apong jugak yg sentiasa menjadi favourite!

    Saya tkde headphone, nmpk cute pulak jenama baseus tu. Mcm perlu beli jeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Telinga orang tua macam KSarie ni tak reti nak pakai earbuds apa semua tuh. Maka kekal la kita memakai headphone begitu

      Delete
  6. Mokti kat tempat saya dah tutup. Cantik cross stitch. Dulu pun saya ada buat juga. Sekarang dah tak boleh. Kurang nampak.

    ReplyDelete
  7. KSarie pun udah lama tidak buat cross stitch. Mau 20 tahun rasanya. Sayangnya mokti tu tutup. Aiskrim dia boleh tahan sedap.

    ReplyDelete