Kesimpulan Sesi Berjimbaan 8D7N di Bali
Walaupun dah
pergi Bali buat kali kedua, tetap terasa Bali adalah magical.
3 Nusa iaitu
Nusa Penida, Nusa Lembongan dan Nusa Ceningan adalah sangat best.
Den memang
la tidak sesuai dengan aktiviti fizikal yang melibatkan naik turun trail yang
mengerikan, etc. I am just not build for those kind of activities.
First time
dalam 39 tahun hidup den mandi dan gosok gigi guna air laut.
Souvenirs
dari Nusa Lembongan yang paling best, seashells dan small corals siap pasir
lagi. I truly love this souvenir.
Walaupun tak
dapat tengok live band dan buat temporary tattoo sebab member den cakap tak
bley lepak tengok live band sebab pakai tudung. Nanti orang pandang serong dan
jangan berangan nak buat temporary tattoo sebab kita tatau apa hukumnya, den
enjoy je time spending kat mainland Bali tuh.
Hati tenang
sebab den ada amik travel insurance dengan Axia dengan bayaran RM 39.
Nasib baik
sempat balik Malaysia sebelum Gunung Agong meletop. Kalau tak ada
kebarangkalian untuk stranded kat airport gamaknya. Member den lagi ada plan
nak panjat Gunung Agong tuh masa kitaorang sampai kat sini.
Dalam member
den dok membebel-bebel tuh, dia layan la jugak den melepak berjam-jam kat tepi
pantai Jungutbatu, pantai Kuta dan naik sapeda motor ronda-ronda kat jambatan
kat Kuta. It always a wonderful journey bila berjimbaan with your travelling buddy.
Member den
kata sayang banyak tempat kat Nusa Lembongan dibagi nama dalam English.
Patutnya kekalkan keaslian nama Indonesia baru la unik dan rare camtuh. So
Devil’s Tear jadi Air Mata Iblis@Syaitan, Dream Beach jadi Mimpi Kita dan Water
Blow jadi Air Letusan. Unik gak kan kalo nama tempat nih dalam bahasa
Indonesia. Nak lagi gempak kita bagi nama ala sinetron skit. Devil’s Tear jadi
Air Mata Iblis@Syaitan Kebinasaan Sakti, Dream Beach jadi Mimpi Kita Tidak
Serupa dan Water Blow jadi Air Letusan Kencana Dewi. Sure lagi best kan?
#Thank God
berjaya juga siapkan cerita pasal trip ke Bali nih di hari terakhir pada 2017.
Dah tak kuasa wei nak cerita pasal trip nih pada 2018. Alhamdulillah.
2 Comments
Oh ic.... Jadi trip ini 2017 lalu ya kak. Saya plan nak ke Bali naik mobil pribadi, road trip. Tapi ajak anak2. Soalnya mereka belum pernah ke Bali hahahahahah. Kasian betool lah 🤣
ReplyDeleteSuami dah kata, pokoknya kalau ke Bali lagi, dia tak nak stay di atas, kawasan Bali yg dingin maksudnya. Dia nak eksplor pantai. Sebab kan saya tak suka panas, tak suka pantai. Itu sebab tiap ke Bali tak nak ke pantai 🤣🤣.
Tapi suami dan anak2 suka sangaaaat. Iyalaaah, suami saya punya kulit tak bisa hitam. Paling merah saja. Kalo saya, bejemur 2 jam pun, dah gosong, sampai 7 bulan baru balik ke warna asal 😅🤣
Boleh bahagi separuh masa nanti di tempat tinggi dan dingin dan separuh masa nanti di tepi pantai. Terpaksalah Fanny pakai sunblock banyak-banyak nanti ye. Sure seronok nanti dapat buat road trip bersama suami dan anak-anak.
Delete