Taman Agroteknologi Stesen MARDI @ MARDI Langkawi Agro Technology Park

Kalau korang datang ke Langkawi singgah la sini sebab memang la sangat berbaloi-baloi. Dengan bayaran tiket yang memang mampu milik, di samping dapat tengok ladang buah-buahan serta ikan dan kambing, korang akan dapat makan buah-buahan tempatan dengan jayanya heheheehe. Den dan makan memang la tak dapat dipisahkan. Makanya toksah la berangan nak buat IF bagai ye.
Boleh je la korang nak berjalan kaki meronda kat sini tapi kawasan ni luas sungguh k
Sebelum mula cerita, den tunjukkan harga tiket dulu ye. In sya Allah memang mampu milik.
Kitaorang dibawa menaiki lori/truck untuk meronda di sekitar kawasan MARDI ni.
Budak-budak suka sangat naik truck ni sebab terasa tiupan anginnya sepanjang perjalanan kitaorang di sini. Kalau cuaca cantik memang cun tapi kalau hujan tak tau la samada kena tunggu hujan seriyat atau jalan terus tapi ditutup bahagian penumpang truck tuh dengan kanvas ke apa.

Cuma nak sabar la menunggu truck ni ye. Nasib baik cam kitaorang tunggu tak sampai 10 minit. Kalau masa ramai orang lagi lama la nak tunggu truck ni.

Kitaorang dapat naik truck dengan staff yang sangat ohsem dan peramah tak ingat. Banyak betul cerita dia. Bersungguh-sungguh dia bagi explanation pasal pokok, etc. Rajin layan budak-budak pun iya juga. Sayang den terlupa nama dia apa.
Cincin daripada daun kelapa untuk budak-budak. Staff Mardi tuh yang buatkan.
Belum apa-apa hal, first stop selepas naik truck adalah café untuk makan buah-buahan tempatan. Makan sampai lebam gitu sebab asal kosong je tray buah tuh, pekerja café bubuh lagi buah. 
Ada macam-macam buah tempatan k. Ada rambutan, tembikai merah, tembikai kuning, tembikai susu, kedondong (buah ambra), betik, belimbing, nangka, limau dan jambu.
Budak-budak sakan dok makan rambutan je la keje depa sebab favourite depa tuh. Staff tuh bagitau kalau datang musim durian, memang depa akan jamu durian sekali.
Cuaca panas berdenting walaupun dah petang, makanya memang sedap la makan buah-buahan fresh sambil melepak tengok pokok-pokok buah di sekeliling kawasan café yang penuh kehijauan tuh.
Lepas makan, sempat la budak-budak ni tengok kambing yang berada di dalam kandang bersebelahan dengan café. 
Tengok kambing camnih pun depa dah happy

Kitaorang juga dibawa tengok pokok buah apa den tak ingat dah nama dia tapi semua pengunjung macam excited gila nak tengok buah tuh. Ampunkan la den ye. Peristiwa ni berlaku dah 7 bulan lepas, ditambah pula den nih memang mempunyai gold fish memory, makanya banyak la info yang den terlupakan.
Buah yang den dah terlupa namanya tuh
Dekat café nih juga ada jual kuah rojak dan kuah asam yang diletakkan di dalam bekas yang comel je. Boleh juga beli air jus buah-buahan kat sini. Tema dia memang semua buah la kat café ni. 
Di sekitar café juga diletakkan maklumat tentang Taman Agroteknologi Stesen MARDI serta tanaman buah-buahan yang ada di sini.
Lepas semua orang tak dah mampu lagi nak makan buah, kitaorang dibawa melawat kolam ikan. Ada ikan tilapia, ikan keli, etc. Staff yang ramah tamah tuh dah memang bawakan roti untuk kita bagi makan ikan-ikan tuh. Anak-anak den paling suka kat sini. Ikan-ikan tuh pun sakan berebut roti yang dibaling. Tuh yang budak-budak teruja sangat tuh.
Sebelum berhenti di perhentian terakhir, kitaorang singgah sebentar bergambar dengan buah cempedak yang paling handsome di taman ni.
Handsome kan?
Last stop adalah di kawasan pokok-pokok kelapa yang mana staff rajin melayan pelancong dari Arab berlakon konon-konon panjat pokok kelapa yang tinggi untuk petik kelapa padahal pokok kelapa tuh rendah je. Punya la rajin staff tuh melayan sampai terbaring-baring nak mengambil angle yang terbaik.

Selepas habis lawatan, kitaorang sempat tengok cenderahati yang dijual di sini. Of course ada banyak kerepek atau keropok berasaskan buah-buahan tempatan yang dijual kat sini. Tshirts semua pun ada dijual. Kitaorang cuma beli kerepek nangka untuk kudapan.
Sebelum balik, kitaorang singgah minum di café utama yang menjual makanan dan minuman untuk minum petang sekejap. Budak-budak gembira je sebab dekat café ni ada mini playground. Sementara den dan buong minum petang, depa dok sakan berjimba di situ.
Tempat ni memang best untuk dilawat bersama keluarga lagi-lagi kalau ada anak-anak umur lebih kurang anak-anak den tuh sebab boleh bagi pendedahan kat diaorang pasal pokok buah-buahan. 

Kemudahan yang ada kat sini pun memang lengkap dengan suraunya, toilets, etc.

So kalau siapa nak datang kat sini, boleh dapatkan maklumat kat sini ye:

Waktu Operasi: 8.30 pagi - 5.00 petang (Isnin - Khamis, Sabtu dan Ahad)

Jumaat : Tutup

Harga Tiket: Dewasa RM 10, Kanak-kanak (4 -12 tahun) RM 5



Telefon: 04-9532550

No comments:

Powered by Blogger.