Tegenungan Waterfall nih adalah tempat yang bak kata member den too touristy. Memang penuh dengan pelancong.

Tiket masuk ke sini adalah Rp 15,000 seorang.
Dari kaunter tiket kita akan menempuh deretan semua kedai makan, kedai cenderahati dan toilet dalam kira-kira 300 meter sebelum sampai ke tapak mula nak menurun tangga untuk menyampaikan ke air terjun tuh.

Di kawasan air terjun nih ada juga pura @ temple.

Walaupun di papan tanda yang disediakan macam boleh berenang dalam sungai dan mandi di air terjun nih tetapi masa kitaorang pergi tak nampak sorang pun manusia yang mandi kat sini. Even takde orang celup kaki pun. Tak pasti kenapa. Adakah orang memang tak berminat nak mandi @ arahan terkini yang tidak benarkan sesiapa mandi, etc.

Walaupun tangga untuk turun ke kawasan air terjun adalah cantik dan elok tetapi tetap la juga mengah ye sebab agak jauh perjalanannya.

Di pertengahan jalan tuh, ada air terjun yang lebih kecil yang ada laluan juga untuk kita bergambar di situ.

Rasanya dalam 15 minit turun tangga baru sampai ke tepi sungai. Dari tepi sungai nih kena menapak di atas batu batuan untuk sampai ke air terjun yang besar tuh. Den rasa macam 10 minit juga kena menapak atas semua batuan tuh.
Den hanya mampu bergambar di sini je la

Disebabkan member den kata tak boleh mandi kat air terjun tuh, makanya tak kuasa la den nak menapak atas batuan yang nampak licin tuh just for the sake untuk mengambil gambar air terjun. 

Makanya kitaorang hanya mengambil gambar air terjun dari kejauhan dan melepak sebentar di tepi sungai melepaskan lelah lepas jenuh menapak turun tangga. Kat tepi sungai nih pun tiada siapa yang celup-celup kaki. 

Ada terdapat pelbagai batu-batuan sungai yang disusun bertingkat-tingkat di sepanjang atas sungai tuh. Tak pasti memang hiasan yang dibuat oleh pelancong yang datang atau ada melibatkan ritual mistik ke ape.
Posing sambil mencangkung pun jadi la

Lepas melepak dalam 30 minit, kitaorang menapak naik tangga yang berenyut-renyut anak tangganya tuh untuk bergerak ke destinasi seterusnya.

Kalau tadi turun tangga pun dah penat, makanya naik tangga lagi la terpleot sampai den kena berhenti kat 3 stops sebelum sampai ke kawasan jualan makanan dan cenderahati tuh.
Kalau tak dramatik bukan den la namanya
Antara tempat rehat yang disediakan di sini

Tempat nih tidak sesuai untuk warga emas, OKU, orang sakit lutut dan family with small children.

Rasa masa terkilan sampai ke kawasan air terjun tapi tak dapat celup kaki pun. Macam entah apa-apa entah gittew perasaannya.
Masa on the way ke Bali Zoo, terkesima tengok pokok pandan yang besar-besar nih

0 Comments