Lepas hampir 1 jam naik sapeda motor dari homestay kitaorang, akhirnya kitaorang sampai jua ke destinasi selepas melalui jalan yang tidak sempurna dan mengerikan tuh.
Kalau datang ke sini wajib ambil gambar ini di Broken Beach
Parking motor di sini dikenakan bayaran Rp 5,000 @ RM 2.

Disebabkan kawasan di sini belum dibangunkan sepenuhnya, so tiada toilet di sini.

Dari tempat meletak kenderaan tuh, kita kena berjalan kaki menuruni bukit dalam 200 meter sebelum berjumpa simpang nak ke Angel’s Billabong dan Broken Beach.
Walaupun dari tempat meletak kenderaan tuh kita akan berjumpa dengan Angel’s Billabong dulu tapi disebabkan member den terkinja-kinja nak tengok Broken Beach (antara tempat yang dia memang nak pergi), makanya kita berjalan lagi 200 meter dari simpang tuh untuk sampai ke Broken Beach.

Pemandangan kat sini memang cantik dan unik. Air laut warna biru turquoise. Ada batu yang berlubang yang kita boleh berjalan di atasnya. Sebab tuh la ianya dinamakan Broken Beach kata member den.
Setakat nih memang kita hanya boleh mengambil gambar pemandangan dari atas sahaja.

Kat sini ada sebuah gerai kalau kita nak berehat dan minum-minum.