Jalan-Jalan di Genting Premium Outlet (GPO)

Dah kebetulannya Genting Premium Outlet terletak sepelaung je dari Awana Resort dan disediakan pula shuttle bus, makanya terjebak la juga di dalam sesi berjimbaan ke GPO itu.

Den rasa baik JPO, MPO, Mitsui Outlet dan GPO ni sebenarnya lebih kurang je la sebab semua stores kat tempat-tempat ni menjual barangan branded yang kalau tak kena gaya walaupun diletakkan ada diskaun sehingga 70%, ada kalanya boleh menyebabkan sawan sebentar sebab harganya tidak la semurah mana pun.

Ada juga diskaun yang memang menarik harganya tapi tidak di semua kedai.

Yang membezakan keempat-empat outlets ni adalah bilangan kedai yang ada. Lagi besar bangunannya lagi banyak la shoplots yang boleh diletak kat situ.

Disebabkan den dari dulu kala memang bukan kaki shopping (kecuali shopping buku sampai tak ingat dunia), tempat-tempat macam ni datang sekali pun dah okay je. Den takde beli apa pun kat sini. Memang window shopping je sebab tiada peruntukan untuk shopping (sebab dah banyak habis membeli buku huhuhuhuhu) dan tiada barang yang menarik perhatian den untuk dibeli.

Kali kedua den pergi ke GPO di malam terakhir bengkel tuh adalah sebab menemankan dua orang abang sado pejabat den yang teringin nak tengok apa yang best benar di GPO tuh. Bukan depa yang jadi bodyguards den tau, den yang jadi bodyguard depa walaupun depa sado hehehehehe.
These two gentlemen are the kindest soul and like a teddy bear. Walaupun sado tapi dalam hati ada taman. I am one lucky person to be able to get to know these kind hearted men.
Dari GPO ni juga ada tempat untuk menaiki kereta kabel tapi den tak naik pun sebab kemalasan. Next time in sya Allah.

Siapa yang suka shopping, barangkali GPO nih memang heaven la untuk depa.
Tema hiasan mood Gong Xi Fa Chai
Bagi den yang dah datang dua kali ke sini, kalau tak berpeluang datang lagi pun takpe je kecuali la depa memang potong harga kaw-kaw.

Kalau memang tema datang ke Genting Highland nak shopping di GPO sampai lebam, den rasa macam Awana Resort Genting yang terdekat untuk penginapan supaya senang nak berulang alik ke GPO tuh ha.

No comments:

Powered by Blogger.