Persiapan Raya 2019

11:17
Sesiapa yang kenal den tau dah den ni memang sempoi sangat termasuklah bab raya ni.

Seriously tak tau kenapa tak beriya-iya nak menyambut raya.

31 tahun dulu masa arwah emak masih ada memang raya paling meriah sebab masa tuh den budak-budak lagi. Tahun 1988 adalah aidilfitri terakhir den dengan arwah mak. Ingat lagi baju kurung raya masa tuh warna hitam dan kuning berbunga-bunga siap ada reben kat tepi.

Walaupun masa den kecik dulu, seingat den walau susah macam mana pun, Aidilfitri den tetap ada baju raya dan kasut raya. Siap bermake up bagai di pagi raya tuh.

Bila arwah mak dah takde, bila den masuk usia remaja, dah kerja sampai la den ada keluarga kecil sendiri hari ni, persiapan raya den memang sempoi je. Asalkan ada atau jangan tak ada konsepnya.

Mujur buong pun jenis sempoi macam den. Superheroes den yang dua orang tuh kecil lagi so depa tak kisah apa pun pasal raya asalkan tak payah pergi sekolah hehehhehehe.

Tahun lepas kitaorang cuma beli baju Melayu raya untuk F je. A pakai baju Melayu F yang 2 tahun lepas. Buong pakai baju Melayu yang 5 tahun sudah. Den sauk je baju kerja + tudung apa yang ada dalam almari yang agak-agak masuk dengan warna baju Melayu depa bertiga. Sempoi kan? Hehehhehehehe. Sempoi sangat sampai di pagi raya baru la tersedar si F takde sampin haahhahahaha.

Baju raya tahun ni upgrade sikit dari tahun lepas. Semua orang ada baju raya baru. Den beli online je. Sekali terbesar la plak. Tak alter sampai ke hari ni. Harus la orang ingat den mengandung masa raya nanti hehehhehehe. 

Untuk buong dan kiddos, baju Melayu depa dibeli kat PKNS bahagian stock clearance. Sepasang baju Melayu kiddos berharga RM 39. Baju Melayu buong RM 59. Walaupun fabric baju Melayu yang dibeli tuh idok la sesedap mana tapi disebabkan memang akan dipakai masa raya Aidilfitri + jamuan raya sekolah je nanti, kira cun aja la. Beli sampin untuk F agar tiada tragedy tiada sampin macam tahun lepas hhehehehehe. Tudung raya den nanti sauk je dalam almari nanti yang agak-agak matching hehehehehehe.

TShirts raya untuk buong dan kiddos masing-masing 2 helai sebab tshirts dalam almari tuh dah nak kena lupuskan sebab dah kelabu asap, dah pudar gila warnanya.

Shopping baju raya tak sampai 2 jam settle semua.

Songkok pakai je songkok pergi sekolah KAFA hari-hari tuh. Agak-agak rimas pakai songkok, pakai je ketayap yang atok bagi 4 tahun sudah. Butang baju Melayu ni yang nak cari kat mana letak hmmmmmm.

Kitaorang memang tak pernah ada kasut raya.  So sama je la raya tahun ni. Pakai je kasut dan sandal apa yang ada asal senang nak tanggal dan pakai semula masa pergi beraya nanti.

Kuih raya seperti biasa beli yang mana den makan dan beli dengan kawan-kawan yang tahun-tahun sebelum ni pun den beli dengan depa. 

Kecuali Biskut Florentine je la yang den tiba-tiba terajin nak buat sebeban sampai kiddos ingat den nak jual hehehhhehehe. 

Kuah kacang dan rendang bagai tuh tempah je la. Den pernah je masak lemang sebelum-sebelum ni tapi buong kata beli aje la senang hehehehehe. Laki den memang sempoi habis kan? Senang hidup den hehehehehe. Lemang dan ketupat beli je. Nasi himpit je rebus nanti.

Memang tak pernah ada langsir raya, sofa raya ke apa sepanjang 13 tahun kahwin. Apa yang ada selama ni guna je sebab semuanya elok lagi. Disebabkan ada 2 sarung kusyen bahagian dalam kitaorang terkoyak, maka buong jahitkan sarung kusyen baru daripada kain baki yang dok ada dalam almari yang bercorak dinosaur hehehehhehehehe. 

Duit raya ni memang wajib ada la kan. Dah tukar kat bank tapi takde mood lagi nak masukkan dalam sampul raya.

Rambut raya den dan kiddos nanti buong gunting sendiri je nanti sehari dua sebelum raya. Jangan ada tragedy bertobek-tobek rambutnya macam 3 tahun lepas udah la heheheheehhehe. Rambut raya buong dia kena potong kat kedai sebab den tak reti nak buat gaya komando tuh ha.

Tuh je la pun persiapan raya Aidilfitri kitaorang tahun ni. Kira meriah juga la sebab semua orang ada baju baru. 

Tak tau la esok-esok kiddos dah besar dan pandai nak melaram, depa nak baju Melayu Bruno Mars, butang baju Melayu infinity stones, kasut John Wick, songkok PRamlee, rambut ramos versi KPop, etc dan nak makan rendang ayam belanda daripada air tangan omaknya bagai, in sya Allah memang akan lain la jadinya persiapan raya den nanti.

Tapi kalau perangai sempoi mak pak depa menurun kat depa, senang la hidup omaknya yang malaih baloq nih ha hehehehhehehehe.

So selagi mana kiddos masih tak heran pasal baju raya semua ni, den dan buong akan sediakan persiapan raya sesempoi yang boleh. In sya Allah.

2 comments:

  1. Saya pun malas fikir sangat tentang raya ni.. beli baju pun last minit jugak. Itupun sebab baju yang cantik sikit dah tak berapa nak muat... duit raya biasa memang malam raya baru masukkan.. kuih raya? Dah 3 tahun saya tak buat... macam best pulak main tunjuk2 aje...hahahaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin kita ni termasuk dalam spesies yang tak beberapa nak cara pasal raya ni kan? Tapi yang penting raya tetap raya cuma mungkin tak semeriah dan segegak gempita orang lain kan?

      Delete

Powered by Blogger.