Awana Genting Resort

Hujung Februari 2019 lepas, pejabat den buat bengkel di Awana Resort Genting Highland. Cerita dah almost 3 bulan berlalu baru la den nak tergedik-gedik cerita sekarang. Takpe la ye. Yang penting ada disimpan untuk kenangan gitu.

Awana Genting Resort ni antara hotel yang paling awal dibina di kawasan Genting ni tapi hotelnya masih menarik dan awesome.

Hiasan di lobi, etc masih ada tanglung, bagai sebab masih dalam mood Gong Xi Fa Chai.
Disebabkan datang berkursus kan makanya takde la beriya-iya nak mengambil gambar. Sekupang dua je la gambar yang den ambil sepanjang 3 hari 2 malam kat sini sebab kemalasan huhuhuhuhu.

Hotel ni besar gila k. Bilik penginapan kat Tower A dan B. Banyak spot yang menarik untuk OOTD kat sini dengan pelbagai hiasan, siap ada taman mini dengan kolam, etc. Cuma kita larat ke idok je la nak bergambar.
Sebenarnya setiap bilik duduk dua orang tapi roommate den dah pergi setinggan dekat bilik konco-konconya makanya tinggal la den seorang diri di dalam bilik yang besar dengan dua katil Queen tuh.

Mujur la sebelum datang ke sini den takde baca cerita pasal momok ke apa, so debaran untuk tidur seorang di bilik yang besar tuh macam kurang sikit la. Best juga oooo terdapat bilik sorang-sorang sebab dah tua-tua ni memang suka menyendiri tengok movie, etc. Ala-ala me time gitu.

Dah la katil dan bantal sangat empuk. Mujur tak terbabas tidur heheheehhe.
Hotel berbintang-bintang camni semua lengkap la daripada mini fridge, peti besi, iron, air minuman, cerek, etc.
Bilik air pun best ada bath tub. Cumanya den tak sempat nak berendam bagai sebab kena ikut jadual kursus yang padat tuh ha.
Dari bilik den ni boleh nampak Genting Premium Outlet (GPO).
Boleh juga nampak kolam renang yang ada slide tuh. Budak-budak sure bergelinjangan sakan kalau diaorang mandi kat situ.
Pagi-pagi lepas Subuh tuh memang boleh nampak kabus dari bilik den ni. Memang tak nampak pemandangan lain sebab kabus menyelubungi kawasan ni. Kalau shooting cerita hantu atau thriller memang sesuai suasana camni.
Makanan baik breakfast, lunch dan dinner memang sedap kat sini. Den sakan pulun makan kat sini sampai tak sempat nak ambil gambar sekupang dua pun kat kafe tuh hheehehhehe.
Satu-satunya gambar food yang den sempat ambil masa lunch
Den tak sangka penginapan di Awana Genting Resort ni menyebabkan den bertemu dengan perkara yang selama ini den dah lama tinggalkan. Serious tak sangka. Alhamdulillah.

No comments:

Powered by Blogger.