Have A Joyful June Everyone

In sya Allah bulan Jun ni dimulakan dengan berakhirnya Ramadhan dan sambutan Syawal yang dinanti oleh ramai orang setelah sebulan berpuasa.

Memang sedih Ramadhan akan berakhir tapi itu la kehidupan kan.

Kiddos plak sure lagi double triple celebration nya nanti sebab dah la kebanyakannya akan mendapat duit raya, ditambah pula dengan cuti sekolah. Memang yabedabedu la diaorang especially anak-anak den tuh ha.

Of course di samping menambah berat badan yang takde la sesusut mana pun masa Ramadhan hari tuh dengan makan macam-macam semasa hari raya dan juga jamuan raya, ada banyak juga aktiviti yang den berangan nak buat di dalam bulan Jun ni. In sya Allah:

1. hari pertama di bulan Jun ni juga den mulakan dengan menghadiri sesi memasak lauk raya menggunakan periuk Noxxa. Dah setahun kot den ada periuk Noxxa ni hasil main kutu tapi tak pernah guna hhehhhehehehe;

2. ada 2 events blogger selepas raya nanti;

3. den akan menghadiri 2 kelas berkaitan baking yang telah dibayar depositnya hujung bulan June ni;

4. nak siasat jadual untuk 6 kelas berkaitan baking yang den berangan nak pergi;

5. nak bantu AJK di apartment den nak buat pendaftaran RumahNgaji untuk apartment kitaorang tuh;

6. ada short getaway hujung bulan June; dan

7. of course nak update blog tentang cerita short getaway ke Penang, sesi berjimbaan ke Koh Lipe, cerita tentang 3 kelas yang den dah hadir iaitu Fancy Cookies Class, Tart Making Class dan Kelas Kek Bajet, etc. 

Banyak wei checklist untuk bulan Jun ni. Doakan den berjaya merealisasikan semua agenda dalam bulan Jun ni ye.

Lets have a joyous and blast June yar.

4 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Banyak jugak listnya tu kak sarie... moga berjaya buat ikut perancangan.. chaiyok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheehhhee harapnya berjaya direalisasikan gitu:)))))

      Delete
  3. F4ns Bett1ng agen judi online aman dan terpercaya
    Jangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.