Aidilfitri 2019 Part 1

15:55
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.

Walaupun Aidilfitri kitaorang sekeluarga sempoi yang amat setiap tahun pun tapi tahun 2019 ni ada 2 bahagian cerita sebab kitaorang masih belum beraya di Port Dickson dan Penang lagi setakat entry ni ditulis. Lagi pun raya kan sebulan hehehhehehehe.

As usual raya pertama adalah di rumah sendiri. 

Den layan takbir raya dekat internet sambil panaskan semua lauk + rebus nasi himpit guna periuk noxxa yang masih berada dalam kotak + potong kek untuk makan pagi raya.
Nasi impit segera tuh je yang den rebus. Makanan lain semua tempah kat jiran tetangga dan sahabat handai yang memang dah diketahui foodnya sedap
Layan takbir raya lagi-lagi oleh Arwah Ustaz Asri Rabbani memang feel sampai habis la barang-barang dalam peti ais den kemas. 

Sempat juga settlekan packing rendang, nasi himpit, kuah kacang, kuih raya, etc untuk dibawa balik untuk mak ayah mertua kat kampung esok.

Lipat sebakul baju sambil tengok televisyen sambil sakit telinga tengok dan dengar anak-anak muda sekarang menyanyikan lagu raya. Korang dah kenapa nyanyi lagu raya versi Black Sabbath.

Raya kedua baru la kitaorang semua pakai baju raya dan beraya di Kuala Selangor. Tahun ni semua ada baju baru + tiada drama sampin macam tahun lepas heehhehehehehe. Dah pakai baju raya baru la perasan warnanya sama macam langsir rumah hehhehehehe.
Gambar raya terbaik den dan kiddos. Tak pernahnya gambar semenggah dengan depa ni.
Budak banyak cerita nih iyo-iyo an minta ampun
Abang confuse baju mama cantik sebab selama ni mama macam belacan. Dia cakap baju mama macam pwincess la hahahahaha. Nih dia duk betulkan baju pwincess mama
Budak-budak happy je beraya kat kampung dapat bergelinjangan ke sana sini siap naik basikal sepupu sepapat diaorang. 

Takde ambil gambar raya apa pun sebab emak mertua dah terlantar sakit. Ayah mertua pun dah tak larat sebab menguruskan ibu mertua. Raya pun macam tak raya camtuh la.

Setiap tahun pun memang takde gambar raya keluarga.

Beraya rumah mak long, mak andak dan mak uda.

Layan kiddos main bunga api for the first time in their life. First time in their 9 year and 5 year' life kiddos main bunga api.
Mama ngeri nak bagi kiddos main bunga api selama ni sebab 35 tahun dulu mama cedera agak teruk terkena bunga api masa sakan dok main dengan cousins. Sampai sekarang parut-parut kesan terbakar akibat bunga api jelas kelihatan.

Sorry la ye kiddos mama ter over protective bab bunga api ni.

Tuh je la pun aktiviti raya kitaorang pada tahun ni.

In sya Allah hujung minggu ni nak balik beraya di Port Dickson dan Butterworth plak.

No comments:

Powered by Blogger.