Aidilfitri 2019 Part 3 (Pulau Pinang)

12:39
Beraya kat rumah abah. Makan apom yang abah tapaukan sambil sembang sekupang dua. 

Den kalau mai Penang tak lengkap kalau tak makan food favourite den tuh, apom aka apam lenggang.
Apom biasa je pun. Apom bodo. Takde la fancy bubuh nutella, cheese bagai tapi memang sedap habis lagu 10 biji den boleh sekali hadap.

Den memang tak kisah sangat pasal nasi kandaq kalau ke Penang sebab ada banyak je nasi kandaq yang okay kat tekak den di Lembah Klang.

Tapi setakat 23 tahun den kat Lembah Klang, den tak jumpa apom sesedap yang kat Penang ni. Dah cuba yang kat Bangsar bagai tapi tetap rasanya tak sama.

Ke apom Penang ni sedap sungguh sebab abah yang belikan untuk den kan?
My superheroes with their Tokwan
Lepas beraya dengan abah, kitaorang gerak ke kubur arwah mak tapi tuh la disebabkan banjir yang pernah melanda kawasan tanah perkuburan tuh, so banyak batu nisan yang dah hilang. Memang tak jumpa dah batu nisan arwah mak dan arwah nenek (emak arwah mak) walaupun den still ingat patutnya kedudukan kubur tuh kat mana.

Kitaorang beraya ke rumah Mak Ngah (kakak arwah mak). Bercerita panjang pasal life. Masa den nak balik tuh, Mak Ngah peluk den sebak-sebak. Mak Ngah ni member kamcing arwah mak. Masa den kecil-kecil, setiap kali cuti sekolah memang arwah mak akan hantar den duduk rumah Mak Ngah di Taiping. Best sebab dapat main dengan cousins den seramai 6 orang yang semuanya girls. 

In sya Allah ada rezeki den balik Penang, kita ziarah lagi semua orang. 

PS: Best gila k bila gerak dari Shah Alam dalam pukul 2.30 pm dan kitaorang ambil masa dalam 4 jam je untuk sampai ke Kepala Batas. By 6.30 pm dah sampai Kepala Batas. Memang best kan balik beraya bila orang lain dah habis beraya hehehehehehe.

No comments:

Powered by Blogger.