Movie: Godzilla King of The Monsters

13:39
Action 5 bintang. 

In sya Allah budak-budak tak akan boring sebab titan atau raksasa muncul seawal 10 minit cerita.

Lepas tuh memang penuh dengan adegan lawan antara godzilla, naga kepala tiga, kupu-kupu gergasi, etc.

Memang raksasanya dok bergasak, bergumpal sakan.

Part manusia bercakap tak terlalu lama bagi setiap scene.

Semua orang dalam movie nih hebat mengalahkan John Wick dan Rajinikanth yo. Kena impak daripada letusan nuklear bagai elok je, calar balar sekupang je. Insult my intelligence betoi la.

Jalan cerita kalau melibatkan raksasa ni camtuh je la. Tak boleh nak putaq lagu mana sangat pun.

Best je la untuk orang yang suka tengok cerita yang tak payah fikir apa pun atau jenis yang suka tengok movie yang action, meletup-letup bagai macam transformers, fast and furious, etc.

Den memang tak minat nak tengok Godzila sebab den rasa raksasa dia macam raksasa macam dalam mana-mana cerita Ultraman, keras kejung nampak plastic gila tapi disebabkan kiddos dan buong nak tengok, den layankan je la.

Budak-budak memang happy gila dapat tengok movie ni.

2 comments:

  1. Wah unik hobi no suka dino hehe...salam lebaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheehee. Salam lebaran juga dari kami sekeluarga:)

      Delete

Powered by Blogger.