Toy Story 4

10:47
Siapa yang excited nak tengok movie Toy Story 4 sebab tertengok footage voice recording session si Keanu Reeves sebagai Duke Caboom?

Ha…den la tuh…hehehehehehe.

Dah cerita budak-budak kan makanya storyline nya pun sempoi je tetapi masih jua ada maksud yang mendalam.
Misi Woody dalam movie kali ni adalah memastikan mainan baru tuannya, Bonnie iaitu Forky (garfu yang Bonnie hias jadi mainan) yang melarikan diri semasa sesi berjimbaan keluarga balik ke pangkuan Bonnie bagi memastikan Bonnie boleh survive di tadika.

Masa misi nak bawa balik Forky, Woody terserempak dengan Gabby Gabby dan patung-patung ventriloquist (the Bensons) di kedai barangan antik.

Lepas Forky kena tangkap dengan patung-patung ventriloquist tuh, si Woody berusaha selamatkan Forky dengan bantuan Bo Peep termasuklah si Canadian greatest stuntman (Keanu Reeves). 
Duke Caboom
Memang sesuai la bagi watak ni kat dia. Memang sajak sangat. Bila Duke ada kat scene, dah tak perasan watak lain even Woody sebab Duke ni kelakar (lagi pun den memang pilih kasih. Agaknya kalau si Keanu Reeves jadi rumput pun den kata best heheehehehe).

Banyak la patung baru yang Woody jumpa dan benda yang berlaku sepanjang agenda nak selamatkan Forky tuh.

Of course la ceritanya happy ending.

Movie ni bagitau kita secara halus yang hidup ni ada fasanya, naik turunnya. 

Kadang kala dalam hidup kita kena move on walaupun kita dah seronok berada di dalam comfort zone. Kadang-kadang kena paksa diri untuk embark on the new chapter in our life for the greater purpose. Sometimes goodbye is a must. Camtuh la.

So best ke idok ya movie ni?

Kalau korang peminat Toy Story sejak yang pertama, memang wajib la tengok movie ni.

Movie yang terbaik untuk bonding dengan kiddos.

PS Ventriloquist dummies are always and forever creepy.

No comments:

Powered by Blogger.