Ahad lepas den berpeluang menghadiri preview eksklusif Hari Terbuka dewan acara terbesar di Subang iaitu MAGICA Events & Functions Hall
Jejak ke kaki dewan kat situ terus terasa macam berada di alam magis Disney gitu. Dah macam dalam movie Avatar pun iya juga.

Bak kata Aladdin dan Princess Jasmine 'shinning, shimmering and splendid', memang sungguh begitu suasananya.

MAGICA ni direka berdasarkan konsep hiasan dalaman Eropah dan dilengkapi kemudahan serba lengkap adalah ala-ala one stop centre bagi perkahwinan yang korang impikan atau your dream wedding sebab semuanya telah tersedia di sini.

Sambutan mesra pula oleh kakitangan dan pengurusan yang professional, memang seronok sangat rasanya.

Open day MAGICA Events & Functions Hall dianjurkan dengan kerjasama lebih daripada 20 rakan vendor dalam industri termasuk caterer terkenal, perunding perkahwinan termasyhur, pakar dekorasi berpengalaman dan ramai lagi.

MAGICA Events & Functions Hall yang berkeluasan 36,000 kaki persegi ni mempunyai 3 dewan utama iaitu Magical Hall, Classic Hall dan Garden Hall yang mana gabungan semua dewan ni boleh memuatkan 7,000 tetamu pada satu-satu masa. 

Setiap dewan juga boleh digunakan secara berasingan dengan rekaan dalaman yang tersendiri untuk memenuhi keperluan, kehendak dan konsep yang berbeza.

Magical Hall

Dewan utama yang menampilkan interior ekstravaganza dengan dekorasi penuh lampu chandelier nan memukau yang terdiri daripada juntaian kelopak kaca dan kristal yang bergemerlapan. 
Terdapat laluan peragaan daripada lantai kaca sepanjang 22 meter yang bersambung dengan pentas utama yang dihias penuh dengan bunga-bungaan. Keunikan ini juga membolehkan dewan ini digunakan untuk tujuan peragaan fesyen.
Bak pesona magis yang terserlah indah, dekorasi yang menakjubkan ini diserikan dengan sistem penataan cahaya canggih meliuk-liuk mengikut alunan muzik. Sorry la video den caca merba sikit huhuhuhuhu.

Dewan magis ini mampu memuatkan sehingga 3,000 tetamu secara buffet atau 700 tetamu dengan susunan meja. 
Dewan yang dilengkapi dengan semua kemudahan ini membolehkan majlis impian dilangsungkan dengan lebih mudah dan menjimatkan masa tetapi tetap memukau.

Classic Hall

Classic Hall dengan keluasan 12,000 kaki persegi dilengkapi dengan pentas, pintu masuk yang ditatarias dan hiasan bunga bersama hamparan karpet merah.
Dewan ini juga dilengkapi dengan sistem penataan cahaya dan AV yang memberikan kesan yang lebih dramatic.

Mereka yang memilih dewan ini boleh menghiaskannya dengan pilihan dekorasi dan sentuhan peribadi mengikut citarasa dan kreativiti masing-masing.

Garden Hall

Garden Hall adalah sangat sesuai untuk mereka yang inginkan suasana di dalam alam semulajadi dan intimate ceremony memandangkan dewan ini adalah seumpama green in the city, ala hutan hijau persis taman dengan kapasiti 250 tetamu bagi susunan meja atau 700 tetamu secara buffet.
Dewan ini dilengkapi dengan suasana puitis berlatarbelakangkan irama semulajadi kicauan burung dan deruan air terjun yang magis.

VIP Suite Rooms

Bagi mereka yang bercadang menganjurkan majlis yang lebih kecil atau mesyuarat, bilik suite yang boleh menampung 40 hingga 80 orang adalah lebih sesuai. Terdapat 2 bilik Suite VIP yang fleksibel bersama ruang legar yang luas untuk memenuhi keperluan sebarang acara.

MAGICA Events & Functions Hall menawarkan rangkaian pakej perkahwinan menarik yang terdiri daripada menu makanan oleh caterer, pakar perkahwinan dan pengurusan acara, pakar dekorasi, etc yang menawarkan diskaun menarik bagi merealisasikan perkahwinan impian setiap pasangan mempelai.

Dengan pakej tawaran oleh MAGICA Events & Functions Hall, pelanggan bukan sahaja bakal mendapat majlis perkahwinan yang sempurna dan berprestij, bahkan dapat melakukan penjimatan.

Semasa Hari Terbuka MAGICA Events & Functions Hall tuh, kitaorang berpeluang menikmati juadah yang enak yang terdiri daripada lauk pauk kenduri kahwin, juadah raya, pelbagai kuih tradisional, desserts, etc daripada caterer MAGICA iaitu Kencana Katering, Zai Sri Gemilang, Rose Catering, DSaji, J.Y.Caterer, etc.
Antara vendor yang bekerjasama dengan MAGICA at Subang untuk merealisasikan perkahwinan idaman anda
Semua yang hadir pada Hari Terbuka tersebut memang terpesona dengan lighting show dan pertunjukan fesyen koleksi gaun pengantin oleh Putree Bridal dan KYBC. Cantik-cantik betul model dan gaun pengantinnya.
Terima kasih MAGICA Events & Functions Hall sebab sudi menjemput den untuk bersama-sama merasai kemeriahan dan keindahan Dewan Acara Terbesar di Subang dan memberikan cenderahati yang unik.

So kepada sesiapa yang masih lagi tercari-cari pakej perkahwinan atau dewan persandingan, etc bolehlah menghubungi MAGICA Events & Functions Hall untuk melihat sendiri suasana dewan yang indah beserta kemudahan yang lengkap serta berbincang dengan pengurusan MAGICA bagi merealisasikan perkahwinan impian korang k.

Korang boleh menghubungi MAGICA Events & Functions Hall untuk pertanyaan atau perbincangan lanjut di:

Telefon: 012-6787795



Alamat: 

MAGICA Events & Functions Hall,
Tingkat 4, Star Avenue Lifestyle Mall, No. 3 Jalan Zuhal US/179,
Pusat Komersial Arena Bintang Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor.

0 Comments