Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin

11:20
Amboi….macam tak sabar-sabar nak meninggalkan Ramadhan gayanya ye. Awal-awal lagi dah ucapkan selamat hari raya gitu.

Ditakuti mood untuk mengupdate adalah merudum sakan sebab dok melemau akibat terlalu banyak makan kuih raya walaupun tak raya lagi, makanya den mengambil kesempatan ni nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin in advance ye.

Untuk den yang dah berumur 41 tahun ni, rasanya kalau boleh nak Ramadhan lebih panjang sebab bulan ni je pun yang ibadah kita pahalanya berlipat ganda dan banyak lagi fadhilat di bulan Ramadhan ni yang ustaz/ustazah selalu ingatkan.

Dah tua-tua ni dok risau dapat tak bertemu Ramadhan yang akan datang. Dah umur macam ni dia punya syahdu dan melankolik tuh memang lain macam sikit. Kadang-kadang dengar surah AlMulk oleh Sheikh Masyari Rashid Al Afasy tuh boleh menitik air mata walaupun selalu dah dengar alunan lunak suara Sheikh mengalunkan AlMulk ni. 

Bila dihitung dosa yang telah dibuat, rasa tak mau Ramadhan berakhir sebab berhasrat benar nak berada lama di bulan mulia ni sebab mengharapkan keampunan bagi dosa yang tak terhitung banyaknya. 

Setiap yang bermula pasti akan berakhir. The same goes for Ramadhan. Apa yang den harapkan adalah spirit Ramadhan terutamanya ibadah yang dilaksanakan sepanjang bulan ini akan dikekalkan dan diteruskan momentumnya di dalam bulan yang mendatang dan seterusnya menjadi amalan lazim yang mana akhirnya bila tak buat rasa tak lengkap hari tuh. In sya Allah.

Alhamdulillah den rasa Ramadhan pada tahun ini adalah Ramadhan yang terbaik untuk diri den sepanjang 41 den hidup di bumi Allah ni. Ramadhan tahun ni baru den tau tentang hukum Iltiqa’ Saakinain. Sebab tuh den share dalam blog ni. Bukan sebab nak tunjuk den baik tapi den sedang cuba memperbaiki diri dan info yang baik elok banget kita kongsi bersama kan?

Walaupun den tersedih sedikit sebab 10 terakhir Ramadhan tuh ‘cuti’. Walaupun ada banyak lagi ibadah yang boleh buat bila ‘cuti’ tapi seriously untuk den yang terpleot di sana sini ada rasa macam kurang umpphhh bila tak dapat solat. Tuh yang lagi melancholic tuh nak meninggalkan Ramadhan kali ni. Tapi tuh la kalau tak ‘cuti’ karang, dah sakit jantung plak kot-kot terpregnant pulak ye hehehehhehehe.

Semoga ada rezeki bertemu Ramadhan di tahun hadapan, in sya Allah.

In sya Allah semoga Syawal kita pada tahun ini penuh rahmat dan keberkatan dari Allah.

Semoga kita dilindungi oleh Allah sepanjang masa. 

Drive safely yar guys.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin.

2 comments:

  1. selamat hari raya aidil fitri...maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Abam Kie. Maaf zahir batin ye.

      Delete

Powered by Blogger.