Lemang Toki Bentong

Balik je dari kursus di Genting Highland tuh, den melayankan 2 orang abam sado tuh nak lunch ikan patin dan tapau lemang di Bentong. Depa cakap Lemang Toki Bentong ni memang famous sangat. Kalau weekend atau cuti umum memang beratur orang nak makan dan tapau lemang kat sini.
Alhamdulillah masa kitaorang sampai ke sini, tak ramai orang sangat so takde la kitaorang kena beratur panjang.

Di samping terkenal dengan lemangnya, ayam bakar kat sini pun khabarnya famous juga.

Teruja den tengok deretan ayam dan lemang tersusun cantik dibakar menggunakan arang. Orang tua camnih la. Tengok lemang dan ayam dibakar pun hati gembira hehehehehhe.
Ada dua kaunter disediakan kat sini iaitu kaunter untuk dine in dan kaunter untuk tapau. Sistematik dan memudahkan orang ramai.
Selain lemang, rendang daging, rendang ayam dan ayam bakar, ada juga jualan kambing golek dan lauk pauk untuk lunch. Makanan lain pun ada macam aiskrim, popcorns, sambal hitam, etc.
Disebabkan den dah lunch kat hotel sebelum datang ke sini, den rasa lemang dan rendang daging je kat sini sementara abam-abam sado tuh lunch ikan patin.
Markah penuh untuk lemang tuh sebab tak berkerak langsung dan lembut je ala-ala melt in mouth gitu. Rendang pun kena sangat dengan tekak den.

Abam-abam sado makan ikan patin sampai licin tinggal tulang. Sedap sungguh la tuh.
Sodap juga ni
Den tapau bawa balik lemang, rendang daging, rendang ayam dan ayam bakar. Ayam bakar tuh cicah dengan air asamnya tuh memang matching partner sungguh. Memang licin habis buong dan kiddos makan. Memang sodap la tuh maknanya.

Kalau makan kat sini, boleh menjamu selera sambil mendengar lagu yang didendangkan oleh sekumpulan jejaka. Boleh tahan juga suara depa.
Hiasan sebuah helicopter kat sini menyebabkan ianya menjadi tumpuan untuk orang bergambar.
Disebabkan lokasi Lemang Toki betul-betul tepi jalan, makanya kalau masa orang ramai tuh bukan setakat jenuh nak cari tempat duduk tapi nak parking pun jenuh juga. 

Kitaorang parking di kawasan rumah orang yang kitaoang booking durian kampung. Dalam 5 minit berjalan kaki ke restoran Lemang Toki tuh. 
Dari parking, kitaorang kena merentas jambatan baru sampai ke kedai Lemang Toki
In sya Allah kalau terberjalan ke Bentong lagi, rasanya memang cuba untuk singgah di sini lagi sebab makanannya memang sodap.
Sakan abam-abam sado den ni shopping di Lemang Toki tuh

2 comments:

  1. pernah datang sekali tapi dah habis. sedih. bila nak merasa lemak toki. terkenal betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cuba lagi tuh sebab at least mesti makan lemang ni sekali dalam hidup hehehehehhe

      Delete

Powered by Blogger.