Lepas penat berjalan kat Tree Top Walk Sungai Sedim, kitaorang singgah nak celup-celup kaki dalam Sungai Sedim sebab macam tak best la nampak air sungai mengalir laju setakat jeling-jeling je kan.
Tapi tau la anak-anak den tuh ha, mana aci celup kaki kata depa.

Langsung la depa mandi sungai walaupun asalnya den izinkan depa celup kaki je padahal dah petang sangat masa tuh.

Sejuk gedi k air sungainya tuh.

Laju juga arusnya.

Memang kena berhati-hati kalau lepaskan anak-anak mandi kat sini sebab kalau tak kena gaya macam boleh hanyut dibawa arus.

Kiddos memang enjoy habis mandi kat sini.

Ada satu bahagian tuh ada air bertakung, sakan pula beberapa ekor biawak dok berendam kat situ. Kiddos yang sokmo jakun dok skodeng la biawak yang dok bercanda ria kat situ.

Den tak sempat nak ambil banyak gambar di persekitaran sungai ni sebab dok pulun focus tengok kiddos mandi, risau dibawa arus.
Kalau ada bawa food untuk picnic lagi best melepak tepi sungai ni ha.

Sebenarnya elok benar kalau datang ke Sungai Sedim ni dan menginap di homestay dan resort yang ada kat sini sebab bukan selalu datang ke sini kan. Ada beberapa resorts kat sini yang den tak siasat pun sebab kesuntukan masa.

Untuk yang suka aktiviti lasak boleh la joint pelbagai aktiviti macam water rafting, jungle trekking, etc yang ada kat sini. Banyak k aktiviti yang boleh dibuat kat sini antara lalu dan tak lalu je hehehehheehhe. Nak buat team building pun sesuai kat sini.

Apa-apa info pasal resorts, etc korang boleh hubungi maklumat di bawah ye:



Telefon: 04 - 4901588


SMS/Whatsapp: 019 - 4501588 

2 Comments

  1. bestnye....panas panas ni, mmg sronok sgt mandi sungai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn bila cuaca panas macam ni memang terasa nak berendam tak nak keluar dari sungai tuh ha

      Delete