Fantasi Jadi Realiti Dengan UNICOOL Oleh COOLBLOG

12:37
Coolblog Malaysia telah melancarkan Minuman Coolblog terbaru iaitu Unicool yang didatangkan dalam 3 perisa berbeza iaitu Unicool Magical, Unicool Dazzle dan Unicool Twinkle yang diinspirasikan daripada ceria warna pelangi, kisah dongeng, alam magis dan trend terkini fantasi Unicorn di mana setiap satunya dijual dengan harga RM7.50 bagi saiz 700ml.
Pengurus Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan Coolblog, Cik Win Zakaria secara rasmi memperkenalkan Unicool bertempat di MM Cineplex, Mutiara Damansara. 
Majlis perasmian diadakan serentak dengan program amal menyantuni dan meraikan anak-anak dari Rumah Perlindungan PERNIM. Perasmian turut dihadiri oleh wakil Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Malaysia Franchise Association, Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS) dan pihak pengurusan franchais Coolblog.

Mesej utama kempen Unicool adalah untuk menyajikan kepada pelanggan satu siri minuma perisa baru yang menepati citarasa terkini seiring dengan trend minuman di pasaran. Cetusan dari gabungan rasa keladi, strawberi dan manisan coral biru telah mula berada di pasaran seawal bulan Jun.

Promosi Unicool secara rasminya menawarkan pembelian minuman Coolblog berjumlah RM8 ke atas di cawangan Coolblog terpilih melayakkan pelanggan mendapat baucer tunai Unicool bernilai RM2 untuk pembelian seterusnya.
Booth semasa pelancaran semalam
Eh baju den ala-ala tersama tema dengan warna Unicool hehehehe
Kiddos dengan Unicorn
Coolblog juga menganjurkan cabaran #UnicoolUnicornMakeUp dari 1 Julai - 31 Ogos 2019 yang dinamakan #UnicornMakeUp di media sosial. Untuk mengambil bahagian, pelanggan perlu membeli mana-mana perisa minuman Unicool Coolblog. Seterusnya log masuk ke akaun rasmi Facebook atau Instagram Coolblog. Tonton video tutorial solekan yang disediakan dan dengan mengambil inspirasi gaya solekan tersebut, pelanggan harus mencipta solekan tersendiri.

Pelanggan perlu upload selfie (swafoto) yang siap disolek dan ditatarias di akaun media sosial mereka dan tag @coolblogmalaysia beserta hastag #UnicoolUnicornMakeUp dan #coolblogmalaysia di dalam kapsyen mereka.

Tiga orang pemenang bertuah akan berpeluang memenangi wang tunai sebanyak RM500.00 setiap seorang.

Coolblog juga bekerjasama dengan Suria FM untuk kempen Unicool dengan menganjurkan acara Suria X Coolblog Jam 2019 di dua lokasi di Lembah Klang dan satu lokasi di luar Kuala Lumpur. Orang ramai akan berpeluang berhibur bersama Coolblog, Suria FM dan artis jemputan sepanjang bulan Jun sehingga Julai.

Semasa perasmian, Coolblog melalui Corporate Sosial Responsibilty syarikat, meraikan anak-anak dari Rumah Perlindungan PERNIM dengan tayangan wayang Toy Story 4. Coolblog sentiasa mencari peluang dan berkongsi hasil kejayaan bersama mereka yang memerlukan baik dalam bentuk kewangan atau kerja amal yang lain.
VVIP daripada Rumah Perlindungan PERNIM yang diraikan dan disantuni. Kitaorang menumpang rezeki diaorang tengok movie Toy Story 4
Minuman terbaru Coolblog Unicool kini berada di cawangan Coolblog di seluruh Negara.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai produk terbaru Coolblog ini, boleh layari:



No comments:

Powered by Blogger.