Anak Mat Lela Gila oleh Pak Sako

12:25
Kenapa kaum Melayu dalam Tanah Semenanjung ini jadi miskin dah hidup merana, hina dan diperhambakan orang?’

Sebabnya ialah kita berpecah belah, tiada semuafakat, tidak bersatu hati dan tidak berpanduan yang betul. Ada yang senang dan mewah tetapi lebih banyak yang melara melarat menjadi bangsat. Adapun orang pada zaman dahulu kala, iaitu nenek kita hidup mereka tidak begitu melayanikan satu perasaan, satu semangat, satu hati dan sentiasa bermesyuarat mencari muslihat yang baik bagi keselamatan ramai.’

Satu soalan dan jawapan di atas adalah intipati buku Anak Mat Lela Gila karya Pak Sako ni.

Hebat sungguh firasat Pak Sako ni kan? Beliau telah mengarang sebuah buku yang menceritakan tentang keadaan sekarang ini (zaman millenia) pada tahun 1960 iaitu 3 tahun selepas Malaysia merdeka pada 1957 serta 59 tahun terdahulu daripada 2019 (tahun den berkesempatan membaca buku ni).

Jawapan kepada persoalan di atas dengan tepat sekali menggambarkan tentang bangsa Melayu di Malaysia pada hari ini. Yang jelas sekali adalah di dalam arena politik. Even in the same party pun still tak dapat bekerjasama dan berpecah belah, ada camp, etc. Let alone la different party kan.

Isu semasa yang sedang hangat viral seperti the earth is flat dan keperluan vaksin pun sebenarnya kita boleh ambil iktibar dari buku ini sepertimana coretan Pak Sako. 

Banyak nasihat dan ungkapan Pak Sako yang terdapat di dalam buku ini sebenarnya masih terpakai pada zaman dunia tanpa sempadan hari ini, khususnya dalam konteks kita, orang Muslim di Malaysia. Den coretkan semula bingkisan daripada karya Pak Sako yang sememangnya kena kepada batang hidup kita sendiri.

1. ‘bahkan dunia yang amat besar itu pun mengikut kata orang-orang pandai, mengikut ilmu alam atau geografi pun bulat juga’ (mukasurat 2). Ini of course la berkaitan dengan viral isu bumi itu tidak bulat

2. ‘itu duit-duit not yang kompeni buat akan menyebabkan banyak orang hilang akal langsung jadi gila-berkelahi di antara satu dengan lain adik-beradik, sekampung dan seagama’ (mukasurat 14) dan ‘duit-duit ini akan menyebabkan hidup di dalam dunia tidak nyaman, makanan pahit dan menjadikan banyak orang jahat dan gila’ (mukasurat 15). Isu pergaduhan berebut harta yang kita boleh baca di akhbar, scammers yang berleluasa (even orang nak pergi umrah pun ditipunya hidup-hidup), skim cepat kaya yang bermaharajalela, etc.

3. ‘akan tetapi jaga baik-baik apabila engkau sudah besar pula peliharalah dia dengan cermat. Dalam masa yang akan datang, benda ini akan menjadikan banyak orang gila, susah, porak peranda dan miskin merana. Benda ini harus menimbulkan macam-macam kacau bilau’ (mukasurat 23). ‘Benda’ yang dikisahkan oleh Pak Sako ini adalah kemaluan. Betapa banyak kisah meruntun hati tentang kes rogol, gangguan seksual, haruan makan anak, pedophile, seks bebas, LGBT, pembuangan bayi, etc yang berlaku akibat tidak menjaga ‘benda’ ini yang menyebabkan kerosakan dan kemusnahan individu dan masyarakat.

4. ‘orang-orang di zaman akan datang akan gemar sekali bercakap-cakap pada perkara-perkara yang mereka tidak tahu, merendahkan mutu orang lain, menghina dan mencela dengan tidak usul periksa lebih dahulu dan dengan tidak bersebab apa-apa (mukasurat 25). Ramai sangat yang bukan ahli bercakap tentang sesuatu perkara. Contohnya tentang agama, vaksin, doula, etc.

5. ‘fitnah sangat tajam, sangat bisa dan sangat kuat pengaruhnya’ (mukasurat 29). ‘Jangan membanyakkan hasad dengki, umpat keji dan fitnah pesona kerana tidak membawa keselamatan dan kebahagiaan hidup’ (mukasurat 131). Lagi-lagi di zaman viral ni. Banyak sangat kot berita yang tidak dapat dipastikan kesahihannya disebarkan secara berleluasa tanpa disemak kebenaran faktanya. Kalau baca komen di FB tentang sesuatu isu pun boleh jatuh ngeri.

6. ‘anak kita ini sudah lewat tempohnya mesti bertanam cacar’ (mukasurat 50). Cerita pada tahun 1960 pun dah cerita tentang kepentingan vaksin. Kenapa agaknya kita yang sepatutnya lebih celik ilmu nak menentang vaksin?

7. ‘yang sebenarnya kita ini bukan orang kaya, hanya seperti orang kaya, melebihkan gaya dan berbelanja besar sebab hendak meniru orang kaya dan hendak merasa nikmat dunia’ (mukasurat 96). Ada yang terjebak dengan lifestyle sebegini lagi-lagi di social media sampai sanggup meminjam di sana sini.

8. ‘tetapi ikan itu tidak mahu biak. Kerajaan sudah belanja berpuluh-puluh ribu ringgit kerananya’ (mukasurat 109). Tak pasti kenapa bila den baca pasal ni den terus je teringat tentang Projek Penternakan Ikan Sturgeon oleh FELDA yang melibatkan kos RM47.6 juta pada tahun 2014. Kes ini masih dalam siasatan SPRM.

9. ‘orang kaya juga yang akan bertambah-tambah kaya, orang miskin kongkong tulang’ (mukasurat 130). Sila baca Laporan Kanak-Kanak Pinggiran oleh UNICEF pada 2018 dan buku Antara Dua Darjat Agihan Pendapatan di Malaysia oleh Dr Muhammed Abdul Khalid (atau baca ringkasan bagi kedua-duanya di blog den hhehehehee).

10. ‘Di dalam dunia ini siapakah yang tidak buta? Orang-orang alim itu buta kerana kejahilannya, orang-orang cerdik itu buta kerana ia tidak nampak kebodohannya, pencuri itu buta kerana mereka tidak ternampak akan Tuhan, etc’ (mukasurat 131). Ini ditujukan khas kepada ahli politik, penunggang agama dan mereka seangkatan dengannya.

Cukuplah 10 peringatan atau nasihat Pak Sako di dalam buku ini den coretkan di sini. Ada banyak lagi nasihat Pak Sako melalui karyanya ini tetapi korang banyak sendiri la. Baru akan rasa lebih feel dan sentap.

Bila baca buku yang membawa isu-isu berat secara santai di usia 40 tahun ni pun menyebabkan dada rasa ketat dan sebak sebab mengenangkan nasib generasi yang akan datang (including our children of course). Macam mana la depa nak survive kan? Dapat ke kita sebagai parents menyediakan foundation yang terbaik untuk diaorang fight for survival di bumi sendiri.

A must read book. Banyak isu tersirat yang dibincangkan di dalam buku ini yang menggoncang jiwa, menjerut rasa.

Buku yang den baca dalam masa 3 jam semasa di dalam perjalanan ke Pulau Pinang last week untuk menghantar abah dan menyelesaikan urusan keluarga.

Another book I managed to read in February in 2019.

2 comments:

  1. Masa kanak2 ternampak buku ni di almari umab atok. Ada baca beberapa ms tp x faham mana. Maklum la masa tu belum sunat lg. Hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Sarie jumpa buku ni zaman sekolah dulu memang haram tak kan baca sebab heavy hehehehe

      Delete

Powered by Blogger.