Produk kedua daripada Murad yang den ada peluang untuk gunakan sempena umur dah mencecah 40 tahun dan berusaha nak melambatkan proses penuaan adalah Murad Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum SPF 30 | PA+++ yang berfungsi untuk mengkaburkan garisan halus, etc (blurs), base foundation (primes) dan melindungi kulit (protects).
Apa-apa produk skin care yang ada kat pasaran ni, apa yang paling utama yang korang nak tau? Bagi den yang paling utama den nak tau apa yang bestnya sesuatu produk tuh dan sesuai tak untuk den.
Kelebihan Murad Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum SPF 30 | PA+++
Antara fungsi atau kelebihan Murad Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum SPF 30 | PA+++ adalah ianya:
1. membolehkan kita memakai make up flawless selama 12 jam kerana sifatnya yang Soft-Focus Complex;
2. dapat mengurangkan kehadiran liang (pores), garisan halus dan tekstur yang tidak rata sekiranya digunakan secara berterusan; dan
3. membantu melindungi kulit kita daripada kerosakan oleh UVA/UVB sebab ianya mempunyai SPF.
Di dalam 3 hari ujian klinikal yang telah dijalankan, didapati:
·        71% garisan halus dan kedut dapat dikurangkan;
·        94% tekstur dan kelembutan kulit dapat dipertingkatkan; dan
·        100% perlindungan oleh SPF 30
Kulit Jenis Apa Yang Sesuai Guna Murad Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum SPF 30 | PA+++
Di samping ujian klinikal yang membuktikan produk ini adalah selamat untuk kulit sensitif, Murad Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum SPF 30 | PA+++ juga adalah sesuai untuk semua jenis kulit normal, berminyak, kombinasi dan kulit kering.
Cara Guna Murad Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum SPF 30 | PA+++
Untuk orang sempoi macam den ni, cara nak pakai Murad Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum SPF 30 | PA+++ memang senang je. Sapukan lapisan nipis sebelum pakai make up. Untuk den yang tak make up sangat ni, pakai macam tuh je la. Pun boleh je kalau pakai dia saja pun.
Bahan Asas Murad Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum SPF 30 | PA+++
Apa-apa benda yang nak diletakkan di kulit ni, memang la den tengok apa bahan-bahan yang ada di dalamnya sebelum den guna.

Murad Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum SPF 30 | PA+++ diformulasikan tanpa bahan Parabens, Sulfat, Phthalates, Gluten dan bahan daripada haiwan. So kita boleh gunakan produk ini tanpa was-was dan rasa risau.
Bahan asas yang terdapat di dalam Murad Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum SPF 30 | PA+++ adalah:

Peptida cendawan yang membantu melawan tanda-tanda penuaan dengan membantu mengembalikan semula ketegangan, keanjalan dan ketahanan kulit.

Soft-Focus Complex yang menjadikan kulit lebih lembut dan mengkaburkan kekurangan bagi memperbaiki tona dan tekstur kulit bagi menjadikan kulit lebih ideal apabila kita memakai make up.

Ekstrak barli, bunga matahari dan timun meningkatkan keupayaan kulit untuk mengekalkan kelembapan.

Selain bahan asas, terdapat juga bahan-bahan lain termasuk bahan aktif yang telah disenaraikan pada kotak dan bekas produk.

Menarik tak Bahan Asas Murad Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum SPF 30 | PA+++ ni? Macam best je kan?
Kalau nak tau info lanjut pasal produk ni dan nak membelinya, boleh tengok kat sini ye invisiblur-perfecting-shield-broad-spectrum-spf-30/
For more info tentang pelbagai produk skin care oleh Murad, boleh check out website, IG dan FB nya ye.

0 Comments