Den berdoa pada usia 41 tahun dan mendatang ni supaya Allah kurniakan den:

1. ketenangan jiwa di dalam kehidupan den di dunia ni; 

2. hati yang sentiasa bersyukur, sentiasa kekal positif and always see life as glass half full;

3. kesihatan yang berpanjangan, kadar kolesterol semakin menurun, berat yang tidak terlalu mengerikan, etc;

4. kejayaan melangsaikan hutang piutang den yang bertingket-tingket berdikit-dikit supaya dapat bersara awal hehehheehe;

5. sinar di hujung terowong untuk den dapat kerja baru (tapi kan punya la malaih nak cari dan apply kerja kosong yang available hehehehehee); 

6. istiqamah ke atas perkara-perkara yang den telah usahakan dan cuba untuk tambahbaik; 

7. kebahagiaan bersama keluarga kecil den; 

8. keredhaan dan kelapangan hati bagi perkara-perkara yang berlaku di dalam hidup den terutamanya bagi perkara-perkara yang di luar kawalan den; 

9. tidak berputus asa no matter how terpleot the situation at that time;

10. hati untuk sentiasa cuba menjadi orang yang baik-baik eventhough its very hard;

11. tidak terlalu overthinking;

12. hati yang sentiasa ingat untuk bersedekah; 

13. orang yang baik hati dan positif di sekeliling hidup den; dan 

14. kelapangan masa untuk membaca semua buku yang den dah beli berkoyan-koyan tuh huhuhuhuhuhuhu.

Cukup la 14 doa sempena 41 tahun ye (41 diterbalikkan jadi 14 hehehehhehe).

Walaupun in sya Allah den nak pi tengok konsert Ed Sheeran pada 13 April ni (laghonya toksah dicerita la ye), den tetap mengharapkan Allah merahmati kehidupan den sepanjang hayat di dunia ni, mengurniakan kebahagiaan kepada den di dunia dan di akhirat serta melindungi den daripada siksaan api neraka.

4 Comments

  1. pssst.. ada sesuatu untuk anda disini
    https://sitiyangmenaip.blogspot.com/2019/04/top-commentators-january-march-2019.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeay.....dapat birthday present. Thanks tau:)))))

      Delete
  2. amin...hey kite pon denesor gakk..salam kenal

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhhh ada geng dinosaur la rupanya. Salam perkenalan juga daripada ksarie ye

      Delete