Lepas breakfast bagi kiddos mandi pool dulu sebelum kitaorang check out awal dan bergerak ke Sky Cab di mana kitaorang ambil tiket kombo cable car + 3D Art Muzium.
Budak-budak tak excited sangat pun naik Sky Cab. Hampeh sungguh. Diaorang cuma dok cakap ‘tingginya mama…’ tuh je la pun huhuhuhuhuhu.

Kitaorang tak naik Sky Bridge pun sebab cuaca boleh tahan panas dan kitaorang kemalasan + ketakutan kegayatan hehehehehehe. Rasanya next time kalau datang lagi Langkawi macam dah tak datang ke sini kot sebab budak-budak tak enjoy pun. Udah la boleh tahan harga tiketnya kan. Kalau kurang appreciation di situ macam kurang berbaloi la untuk den.

Apa yang anak-anak suka kat Oriental Village ni adalah naik keretapi pusing-pusing dan bagi makan ikan dalam tasik yang ada. Anak-anak den memang aktiviti macam ni yang depa berkenan dooh.
Naik sampai 2 kali keretapi ni

Dah sakan beraktiviti makanya kelaparan. Kitaorang lunch makanan arab yang restorannya terletak sebelah tasik. Senang mama dan papa dapat menjamu selera dengan bertenang sebab kiddos boleh sambung aktiviti bagi makan ikan kat sini pula.
Sambung bagi ikan makan kat sini plak
Lepas dah kenyang perut baru la ada tenaga nak menjelajah 3D Art Muzium tuh. 3D Art Muzium kat mana-mana pun den rasa memang cantik untuk bergambar sakan. Kalau dengan anak-anak den ni, tak sempat je nak cari angle yang sesuai nak berposing sebab depa dah sakan meloncat sana sini.

Yang bestnya kat 3D Art Muzium ni adalah pertunjukan 3D. Nih je yang mampu anak-anak den duduk senyap sekejap.

Habis je aktiviti di Oriental Village yang sampai ke petang la juganya kitaorang terus je la ke Sweet Inn Motel Pantai Cenang untuk check in bagi agenda seterusnya.

Kitaorang sewa skuter kat Sweet Inn Motel Pantai Cenang untuk memudahkan sesi berjimbaan di area Pantai Cenang ni.

Kitaorang dinner di Nest Rooftop Café. Nih nanti den cerita kengdian ye in sya Allah.
Lepas tengok sunset dan dinner kitaorang sempat la beli baju ‘I Love Langkawi’ untuk kiddos sebelum menamatkan hari ketiga di Langkawi dengan tidoq pengsan kepenatan.

0 Comments