Eh tak habis lagi ye cerita tentang Pesta Buku Selangor 2019 hehehehehehe.

Saja je nak abadikan kat blog ni buku-buku yang den beli masa den menjengah ke Pesta Buku Selangor 2019 pada Jumaat lepas.

Den teruja gila bila terjumpa buku Dunia Tanpa Tembok II karya A.R.W. Tak sangka buku ni dah diterbitkan. Buku yang memang den tertunggu-tunggu selepas jatuh chenta lepas membaca buku Dunia Tanpa Tembok yang pertama pada tahun 2017.
Sempat juga menyauk buku Jangan Selewengkan Sejarah Melayu karya Helmi Effendy.

Quran dengan huruf yang lebih besar untuk menggantikan Quran sedia ada yang comel lote. Makin tua ni, tahap kerabunan semakin hebat.
5 buah English novels dalam kategori lelong. 5 buah buku untuk RM20.
5 buah novel Fixi RM 50.
Lebih 25 buah buku kerja untuk F dari darjah 1 hingga darjah 6. RM 1 sebuah. Berbaloi sangat-sangat ni.
Mainan monopoli dan scrabble untuk den dan F menjana minda. Entah bilanya nak main pun tak tau la kan hehehehehehe.
Den nih kalau ke mana-mana event berkaitan buku ni tak pernahnya poket tak koyak.

Tapi bila tentang buku, walaupun poket rabak barai, tetap jua puas hati hehehehheheehhe.

Pesta Buku Selangor masih berlangsung sehingga 10 March 2019 ni di SACC. Ada 6 hari lagi untuk pergi ke sana bersama keluarga atau kawan-kawan.

Jom ke Pesta Buku Selangor 2019 ye.

0 Comments