Seminar Keibubapaan Rahmah: Bicara Terbuka Anak Terpelihara, 6 April 2019 (Sabtu), Hotel De Palma Shah Alam, 8.30 Pagi - 1.00 Petang (Program Selari: Kanak-Kanak, Sentuhan Selamat) Anjuran Wanita IKRAM Shah Alam

Dunia serba mencabar pada zaman sekarang ni memang agak menggerunkan ibu bapa sekarang tak kisah la anak-anak masih baby atau dah besar panjang pun.

Kalau baca social media atau dengar berita, kadang-kadang tuh tak tau nak fikir apa sebab macam haru biru nau masyarakat sekarang ni dengan kes pencabulan, gangguan seksual, rogol, dera, etc.

Yang paling tragis kalau pelakunya melibatkan orang yang terdekat dengan kita.

So bila den tertau tentang Seminar Keibubapaan Rahmah: Bicara Terbuka Anak Terpelihara yang akan dianjurkan oleh Wanita IKRAM Shah Alam pada 6 April 2019 (Sabtu) bertempat di Hotel De Palma Shah Alam ni, den rasa terpanggil nak share sebab den rasa perkongsian yang ilmiah macam ni wajar diwar-warkan memandangkan ianya menyediakan sekali program untuk anak-anak dengan kos yang sangat minima.
Program yang akan berlangsung setengah hari iaitu dari 8.30 pagi - 1.00 petang ini hanya mengenakan yuran sebanyak RM 20 bagi setiap individu yang ingin hadir. Kalau ayah dan ibu hadir, maknanya RM 20 x 2 orang ye. Murah sangat dah bagi den yuran ni sebab RM 20 ni termasuk juga dengan minum pagi dan makan tengahari.

Kalau mendaftar sebelum 20 Mac 2019 (Rabu) iaitu lagi 2 hari yang dikatakan sebagai early birds, yuran adalah RM15 seorang.

Nak murah lagi? In sya Allah boleh dengan syarat mendaftar secara berkumpulan dengan bilangan ahli dalam 5 hingga 10 orang. Kalau mendaftar in group akan dapat harga RM 10 setiap seorang.

Allahu…RM 10 untuk majlis ilmu siap makan minum di hotel selesa, murah sangat dah kot ye.

Semasa ibu bapa mendengar seminar tersebut, anak-anak berumur 5 – 9 tahun boleh menyertai Program Selari: Kanak-Kanak, Sentuhan Selamat dengan bayaran RM 10 bagi setiap kanak-kanak. Satu keluarga boleh menghantar maksima dua (2) orang anak-anak untuk menyertai program ini. Yuran juga termasuk minum pagi dan makan tengahari.

So untuk simplify maklumat-maklumat berkaitan seminar ini:

PROGRAM APA: Seminar Keibubapaan Rahmah: Bicara Terbuka Anak Terpelihara.

PENGANJUR: Wanita IKRAM Shah Alam.

BILA (TARIKH): 6 April 2019 (Sabtu)

DI MANA (TEMPAT): Hotel De Palma Shah Alam, Selangor.

MASA: 8.30 pagi - 1.00 petang

BERAPA KENA BAYAR:

RM 20/seorang
RM15/seorang jika mendaftar sebelum 20 Mac 2019
RM10/seorang jika mendaftar dalam kumpulan (5 - 10 orang)

MACAM MANA NAK DAFTAR: 

Link pendaftaran: bit.ly/SKR19. Kalau tak dapat capaian through blog den ni, boleh gunakan link pendaftaran yang terdapat di Facebook Wanita IKRAM Shah Alam ye SINI

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN: 3 APRIL 2019 (RABU)

NAK CONTACT SIAPA KALAU ADA SOALAN: 

Cik Mahfuzah (019-2240942)
Puan Noreza (016-6602542)

PROGRAM APA UNTUK KANAK-KANAK: Kanak-Kanak, Sentuhan Selamat.

UMUR ANAK BERAPA BOLEH JOINT : 5 - 9 TAHUN

BERAPA KENA BAYAR : RM 10/seorang kanak-kanak (maksima 2 orang anak untuk 1 keluarga ye)

Camni la rupa borang yang kita kena daftar melalui link tuh ye.
So kepada semua ibu bapa terutamanya yang bermastautin di Shah Alam, jangan melepaskan peluang keemasan untuk mendengar seminar yang akan membariskan tiga orang panel yang akan memberikan input tentang bagaimana usaha-usaha yang ibu bapa boleh lakukan bagi memastikan anak-anak kita semua terpelihara dari pelbagai anasir negatif, etc.

Nih bukan sponsored post ye tapi bak kata den, benda yang baik-baik elok bangat kita war-warkan k.

In sya Allah den akan joint seminar ni dengan 2 orang buah hati ketipang payung den tuh. Den dah selesai mendaftar bersama ibu-ibu di apartment den menetap.

Kalau ada apa-apa nak tanya pasal seminar tuh, sila berhubung dengan Cik Mahfuzah (019-2240942) atau Puan Noreza (016-6602542) ye.

PS: Den rasa ni tajuk post den yang paling panjang berjela sepanjang den blogging ni hehehehehehe.

No comments:

Powered by Blogger.