Kalau sesiapa berkira-kira nak ke Pesta Buku Selangor 2019, tak perlu pun baca entry ni sebab semua maklumat penting pasal pesta buku tuh den dah letakkan kat tajuk hehehehhehee.

Tadi masa waktu rehat sempat juga den menjengahkan diri ke Pesta Buku yang diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam.

Macam-macam yang ado kat sini. Antara kita larat tak larat je la nak meronda tengok semua buku dan barangan yang ada di booth jualan yang ada di SACC ni.

Udah nama pesta buku, dah tentunya pelbagai spesies buku boleh ditemui di sini. Ada buku ilmiah, komik, bacaan ringan, buku kerja, buku kanak-kanak, motivasi, etc.
Berbaloi kot buku kerja RM1 je sebuah. Buku bagi subjek teras dari darjah 1 - 6
Den dah ada box set LOTR ni bertahun-tahun kot tapi tak pernah terbaca huhuhuhuhu
Seperti biasa, macam kebanyakan pesta buku yang den pernah pergi, lebih kurang 70% adalah buku bahasa Melayu dan 30% buku bahasa Inggeris. 

Kalau nak pergi pesta yang ada banyak spesies buku Bahasa Inggeris, kena la pergi event Big Bad Wolf, Popular RM5 fiesta atau MPH/Popular warehouse sale ye.

Berbalik kepada Pesta Buku Selangor 2019, selain jualan pelbagai buku ada macam-macam lagi yang boleh kita beli dan jumpa kat sini.

Ada booth jualan pelbagai jenis board games, mainan menguji minda, etc.
Juala barang mainan yang akan menggusarkan hati ibu bapa tapi ada mainan yang semurah RM3.
Booth jualan anak pokok.
Booth menjual coklat, jeruk dan barang makanan lain. 

Booth BSN yang menawarkan cenderahati beg sekiranya apply kad kredit BSN.

Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) juga menyediakan kemudahan pendaftaran menjadi ahli PPAS. Staff kat sini akan bantu sekali kita download Libby apps yang membolehkan kita membaca buku secara online (setakat ni percuma sehingga Mei 2019).

Yang paling menarik of course la kaunter urusetia yang mana kita boleh mendaftar untuk cabutan bertuah hehhehehehe. RM30 resit pembelian daripada semua booth yang ada di dalam Pesta Buku tuh (kecuali booth makanan) membolehkan kita dapat satu borang cabutan bertuah. Resit boleh combine. 

Ada pelbagai aktiviti yang boleh semua pengunjung sertai macam ceramah, sesi bertemu penulis novel, kuiz, persembahan, tutorial make up, etc.
Ada 10 hari lagi sebelum Pesta Buku Selangor berakhir. Moh beramai-ramai ke sana ye.

Kalau tak nak beli buku pun takpe je sebab boleh je jalan-jalan cuci mata, joint pelbagai program yang dah disediakan, etc.

Selamat berjimbaan di Pesta Buku Selangor 2019 ye. Have fun there k.

0 Comments