Senang Ke Nak Buat Pendaftaran Hibah Amanah dan Pengisytiharan Amanah ASNB ni?

Den cuma nak cerita tentang proses yang berlaku setelah borang lengkap diisi k.

Den dan buong buat pendaftaran Hibah Amanah di ASNB cawangan Shah Alam. Buong buat satu Hibah Amanah dan den buat satu Hibah Amanah.

Kronologinya adalah:

1. Hantar borang yang lengkap diisi siap dengan lampiran dokumen pada pegawai ASNB dalam pukul 9 pagi dan bayar RM 90 yuran pendaftaran Hibah Amanah setiap sorang.

2. ASNB ambil masa lebih kurang dalam 1 jam 15 minit untuk sediakan dokumen hibah untuk kita tandatangan. 

3. Kitaorang sign dokumen hibah. Pegawai ASNB bagi borang akuan sumpah.

4. Sign borang akuan sumpah di depan Pesuruhjaya Sumpah terdekat.

5. Submit surat akuan sumpah yang telah ditandatangan kepada Pegawai ASNB.

6. Settle semua urusan.

7. Tunggu ASNB hantar dokumen yang telah dimuktamadkan melalui pos berdaftar dalam tempoh 1 bulan dari tarikh kita sign dokumen hibah.

Perkara 1 hingga 6 diselesaikan dalam tempoh kurang 2 jam. Sempoi kan?

Tapi masa akan jadi panjang untuk settlekan urusan kalau:

1. ramai gila orang nak submit dokumen Hibah Amanah dan Pengisytiharan Amanah pada masa tuh (kitaorang orang pertama yang submit dokumen tuh hari tu); 

2. pejabat Pesuruhjaya Sumpah bapak jauh dari cawangan ASNB yang korang mendaftar tuh. Nak-nak plak Pesuruhjaya Sumpah tuh cuti kecemasan ke apa kan, memang lagi panjang la masanya gitu; dan

3. system down. Okay ini sangat tragis yar huhuhuhuhuhu.

PS Bab nak daftar apa-apa pun, yang buat kita terkelembap atau bertangguh adalah bab nak mengisi borang tuh ha. So den tak cerita pasal nak isi borang dan sediakan dokumen yang diperlukan sebab itu atas diri masing-masing rajin ke idok ye.
So sempena Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) dok buat promosi diskaun harga 50% untuk pendaftaran Hibah Amanah (pelabur Islam) dan Pengisytiharan Amanah (pelabur bukan Islam) bagi tempoh 15 Mac hingga 15 Mei 2019 ni,  moh la kita berenyut-renyut merebut peluang yang awesome ni ye.

Daripada yuran asal RM 180 jadi RM 90 tau. Murah sangat ooooo.

Korang boleh mendapatkan borang pendaftaran di semua 30 Cawangan ASNB di seluruh negara atau muat turun di laman web ASNB www.asnb.com.my.

Kalau ada yang nak bertanya pasal Hibah Amanah dan Pengisytiharan Amanah dan perkara yang berkaitan dengannya, boleh hubungi ASNB di:

Telefon: 03-20573000


Website: www.asnb.com.my

atau mana-mana cawangan ASNB yang terdekat k.

4 comments:

  1. kena ambik peluang semasa promosi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi tuh Abam Kie. Sesiapa yang memang ada sebarang pelaburan dengan ASNB, boleh ambil kesempatan sempena ada diskaun ni

      Delete
  2. Good info ni kak sarie... half price banyak boleh save tu..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.