Nest Rooftop Café Langkawi

Malam yang kitaorang menginap di kawasan Pantai Cenang tuh, kitaorang dinner kat Nest Rooftop Café yang bila dibaca reviews nya, banyak yang cakap tempat ni memang best dan makanan dia best.
Nest Rooftop Café nih terletak di tingkat 5 bangunan Royal Agate Beach Resort (bersebelahan Cenang Mall).

Disebabkan kitaorang naik skuter, memang senang la nak menyelit letak motor.

Nest Rooftop Café nih terkenal sebab kita boleh menjamu selera sambil menikmati pemandangan sama ada di kala matahari terbit atau matahari terbenam. Even waktu beroperasi dia pun hanya pada dua masa ni je.
Tempat makan dia sempoi, lebih kepada santai dan untuk melepak-lepak sambil tengok pemandangan.
Mujur takde adegan air tertumpah atau food tergolek ke masa makan hehehehehe
Masa kitaorang datang tuh dah ramai orang, so kitaorang duduk je la kat tempat yang available. Tak dapat la duduk di tempat yang betul-betul mengadap pantai tuh. 

Makanan western yang nampak menarik untuk dicuba kat sini. Harga setiap jenis makanan adalah di bawah RM 35.
Kitaorang makan chicken chop, kepak ayam dan nuggets.
Rasanya biasa-biasa je. Serious biasa-biasa je untuk tekak den dan buong.

Killer point restaurant ni of course the breathtaking view of the sunset. Memang cantik la tapi sunset kat celah mana pun biasanya cantik je pun kan hehehehehehee.
Pada hari-hari tertentu ada DJ dan juga moonlight movies ditayangkan.

Walaupun restoran ni tidak menyajikan alkohol tapi masa kitaorang pergi tuh macam berdebar la juganya sebab chef nya penuh bertatu (masa dah nak balik baru perasan) dan pekerjanya semua omputih. Tak tau la kitaorang tersalah mata memandang atau ada je pekerja Muslim tapi den tak perasan. 

So terpulang pada kita la macam mana ye. Memang ramai je pun orang Melayu makan kat sini masa kitaorang pergi tuh. Kalau kawan den yang tahfiz tuh, memang dia tak akan makan kat tempat macam ni.

Still kalau ada sesiapa yang berhajat nak menjamu selera kat sini, detailsnya kat bawah ni ye:

Waktu Operasi: 7 pagi - 11.30 pagi, 5.30 petang - 11 malam (Selasa - Ahad)
Isnin: 7 pagi - 11.30 pagi

Instagram: https://www.instagram.com/nestrooftop/ 


Telefon: 017-4620241

2 comments:

  1. subhanallah cantik sangat view sunset. lama da x enjoy view cemtu.. memang kena pegi awal kan kat situ.. x sampai gi tapi dok tengok orang share. crowded kalo lambat.. rasanya makanan western ni mana2 selalu biasa je.. tapi oklah kan. tibai jela makan.

    ReplyDelete
  2. Kalau nak spot yang betul-betul eating with the view tuh memang la kena datang sebelum pukul 6 petang lagi sebab orang ramai dok aim nak chup situ je

    ReplyDelete

Powered by Blogger.