Langkawi Day 2 - Buffalo Park - Harbour Mill Point - Taman Buaya

Sesi berjimbaan di Pulau Langkawi di kala orang lain bersekolah dan bekerja diteruskan dengan aktiviti pada hari kedua di mana kitaorang pergi ke dua tempat sahaja selaras dengan tenaga tua yang dah tak lalu nak kalut-kalut dan kejar nak melawat banyak tempat.

Udah tua ni, dapat pergi 2 tempat dalam masa satu hari pun dah cukup besar rahmat dah.

Lepas breakfast di River Inn Hotel, kitaorang terus je bergerak ke Buffalo Park.

Walaupun masa kitaorang on the way, hujan renyai-renyai tetap la juga gigih nak ke sini sebab entah bila lagi nak sampai kan.

Lama juga kitaorang melepak di Buffalo Park ni melayankan si F nak tengok kerbau dengan jayanya. Siap lunch la kat sini. Nanti den cerita dengan terperinci sikit tentang Buffalo Park ni dalam next entry ye, in sya Allah.
Dari Buffalo Park ni kitaorang terus je gerak ke Taman Buaya.

On the way ke Taman Buaya tuh, kitaorang singgah sekejap di Harbour Mill Point for toilet break je pun sebenarnya. Tak sangka tempat ni cantik.
Budak-budak paling enjoy di Taman Buaya. Disebabkan den ambil pakej siap dengan tour (den akan cerita nanti), makanya banyak la info yang kitaorang dapat masa di Taman Buaya ni.

Betoi la kan pepatah kata makin kita dok berjalan sana sini, semakin banyak sebenarnya yang kita tak tau. Banyak betoi info tentang buaya di Taman Buaya ni sampai den terlupa banyak fakta sebab trip ni dah almost 6 bulan berlalu kot hehehehehehe.
Sebelum balik ke River Inn Hotel, kitaorang singgah dinner sempoi kat kedai makan di depan HiG Hotel sebelum berjalan sekejap di shopping mall membeli coklat.

So hari kedua di Langkawi bolehlah disimpulkan adalah hari untuk anak-anak den beramah mesra dengan dua (2) spesies binatang iaitu herbivore dan karnivor gitu. Budak-budak memang terpaling happy dengan hari kedua di Langkawi ni.

No comments:

Powered by Blogger.