Taman Buaya atau Crocodile Adventureland Langkawi

Kalau dah ada anak-anak especially yang berumur bawah 12 tahun, tempat macam ni memang mainan depa.

Kitaorang sampai kat sini dalam pukul 2.00 petang macam tuh tapi matahari dok terpacak kat atas kepala. Sakan la dok berpeluh. Dah la tak bawa topi apa pun. Haish.
Begini la bila bergambar dengan kiddos
Kalau nak beli tiket saja dan jalan sendiri dalam ni okay je, dalam RM25 seorang.

Kalau ada bajet lebih, boleh tengok combo package yang bersesuaian. Ada 4 combo packages semuanya.

Den saja la nak ambil combo package 2 yang membolehkan kitaorang ada tour guide yang membawa kitaorang jalan-jalan kat dalam kawasan Taman Buaya ni di samping memberi maklumat tentang buaya-buaya yang ada kat sini + fishing crocodile + pellet for juvenile crocodile feeding. Memang pitam nak membayo harga tiket untuk 4 orang tapi pejam mata je la kan sebab dah namanya sesi berjimbaan kan.

Rezeki kitaorang dapat tour guide yang sangat knowledgeable dan peramah, terlupa plak namanya apa (dah almost 6 bulan berlalu kan memang akan ada banyak perkara yang terlupakan).
Bersungguh-sungguh dia bagi maklumat

Ada 5 aktiviti pertunjukan buaya yang berbeza setiap hari (pada waktu yang berbeza) tapi disebabkan den kemalasan, kitaorang tengok 2 aktiviti je iaitu Thrilling & Aggresive Wild Croc dan Crocodile Feeding. Sebenarnya berbaloi la kalau tengok semua shows tapi tuh la kan sebab mamanya malas, maka begitulah.

Tak banyak gambar yang den ambil masa tengok shows tuh sebab sakan focus dan berdebar-debar tengok aksi buaya tuh.
Staff yang buat show termasuklah masukkan tangan dalam mulut buaya, etc adalah orang Thailand. Setakat ni orang Malaysia tiada lagi yang mempunyai kemahiran seperti depa (ikut kata tour guide kitaorang la).

Ada buaya yang diletakkan berasing daripada buaya yang lain untuk tujuan keselamatan. Buaya-buaya yang cacat (tiada ekor atau tulang belakang bongkok) diasingkan supaya tak dibuli oleh buaya lain.
Takde ekor
Tulang belakang bengkok
Kitaorang juga melalukan jambatan kayu yang di bawahnya dipenuhi dengan buaya. Berdebar ooiiiii mana tau kot buaya tuh melompat ke kan. Ngeri ooooo.
Budak-budak sempat la memancing anak buaya. Daging diletakkan oleh tour guide pada joran mini sebelum disuakan ke dalam kolam yang mengandungi anak-anak buaya. Walaupun anak buaya, kuasa menarik joran depa tuh quite powerful ye. Anak buaya pun udah kuat apatah lagi buaya dewasa kan? Ish…ngeri la.
Lepas memancing kitaorang singgah ke booth untuk mengambil gambar dengan anak buaya. Walaupun anak buaya tuh duduk senyap je tapi tetap la jua den ketakutan hehheheheehehe. Gambar kat sini kena bayar lain ye. Kalau tak silap RM 50 untuk 2 keping. Pitammmmm.

Tour guide yang telah den keterlupaan namanya tuh memang best. Semua soalan kitaorang pasal buaya termasuklah soalan yang entah apa-apa dijawab dengan penuh berhemah oleh beliau.

Antara fakta yang den masih ingat yang tour guide kobakan:

1. buaya adalah merupakan salah seekor haiwan daripada 3 spesies haiwan di dunia yang tidur dengan mata sebelah terbuka dan lagi satu mata tertutup;

2. tahap kekuatan gigitan haiwan yang terkuat adalah buaya diikuti dengan hippo;

3. buaya tembaga boleh hidup di air masin dan air tawar (so gamaknya betul la ye buaya yang dikatakan dijumpai di laut Port Dickson yang viral sekejap tuh);

4. buaya betina boleh bertelur sendiri tanpa buaya jantan tapi telur yang dihasilkan kosong;

5. telur yang diletakkan atas tanah - cuaca panas akan menghasilkan anak buaya jantan;

6. telur yang diletakkan dalam tanah - cuaca sejuk akan menghasilkan anak buaya betina;

7. buaya jantan ada rahang lebih lebar, badan lebih besar dan lebar serta warna lebih gelap.

Banyak lagi fakta yang tour guide bagi tapi den dah terlupa. Memang boleh je google semua maklumat pasal buaya nih tapi apa ke ceritanya tak semena-mena nak cari info pasal buaya plak kan. So sementara ada orang yang bagi fakta buaya face to face, den cuba la dengo bersungguh-sungguh.

Banyak je maklumat yang diletakkan di sini antara lalu tak lalu nak membacanya je la ye.
Crocodile Adventureland ni bukan pusat pemeliharaan dan pemuliharaan buaya ye. Ia adalah taman buaya yang mempunyai lesen yang sah untuk sembelih buaya untuk mendapatkan daging dan kulit buaya untuk dijual.

Den kobakan perkara ni sebab nanti kot-kot ada animal lovers yang terjentik hati nak berpiket plak karang sebab kat sini memang ada kedai menjual barangan daripada kulit buaya. Ada juga dijual daging buaya.
Handbag kulit buaya yang paling murah dijual di sini adalah RM 25,000 ye. Tali pinggang paling murah RM 1940. So den beli la keychain kulit buaya berharga RM 10. Jadi la buat kenangan daripada tak ada langsung heheheheehe.

Ada je café kat sini tapi kitaorang tak singgah makan pun. Just beli aiskrim je.
Souvenir spesel daripada tour guide. Gigi buaya
So kepada sesiapa yang berhajat nak dapatkan maklumat lanjut tentang Taman Buaya ni, boleh check out:
Waktu Operasi : Isnin - Ahad (9.00 pagi - 6.00 petang)




*Bila den tengok balik gambar-gambar masa kat Taman Buaya ni untuk mengembalikan ingatan den tentang apa yang berlaku di sini bagi menulis entry ni baru la den perasan rambut kedua-dua orang anak den tuh tak bersikat. Adoi la hai. Mujur la boys kan. Kalau gegirl tidak la kutahu macam mana rupanya sebab mama memang tak heran sungguh bab-bab ketrampilan ni. Haish.

2 comments:

  1. alamak seram hehe tapi seronok jugak. last pegi taman buaya ni kat Sarawak.
    dulu penah mai sini sekali tapi nampak macam da banyak upgrade tempatnya. makin cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ada seriau takut-takut tersalah steps terutamanya masa kat jambatan kayu tuh. Berdebar sungguh

      Delete

Powered by Blogger.