Aidilfitri 2019 Part 2 (Port Dickson)

12:37
Gerak dari rumah nak ke Port Dickson dalam pukul 12 tengahari.

Sampai Port Dickson dalam pukul 1.15 pm.

Beraya rumah Ummi dulu. Sembang tak lama sebab Ummi nak pergi rumah emaknya yang kurang sihat.

Yang lamanya beraya kat rumah Mummy (Mak Long) dan Pak Long. Hampir 1 jam lebih kitaorang beraya situ sambil bergossip pasal politik hahahahahaha. Mak pak sedara den dua orang ni penyokong tegar UMNO hehehehhee. Seronok oooo cucuk depa pasal kenapa UMNO tak jadi pembangkang yang terbaik meletops hheehehehehe. Nak pula Selangor sejak PKR pegang pada tahun PRU 13 (5 May 2013) nampak banyak yang positif perjalanannya, makanya memang seronok la den memprovokasi depa hehehhehehe. Tapi mesra je la, takde sentap-sentap pun sebab apa yang dibincangkan memang betoi pun hahahahhaa. Diaorang sendiri mengakui yang UMNO sekarang telah terpleot teruk. Bukan den cakap tau, penyokong tegar UMNO yang cakap ni.

Mummy dan Pak Long ni hadir ke konvo Master den pada tahun 2001.

Jenis rapat yang bila lama tak call atau jumpa, Mummy akan cakap ‘ha…hidup lagi rupanya. Ingatkan dah mati lama sangat tak contact. Gamaknya esok aku mati entah jenguk ke tak’ hehheehhehee gitu la. 

Alhamdulillah Mummy makin sihat. Last year masa Aidilfitri, kitaorang beraya dengan dia di Hospital Port Dickson sebab dia masuk wad.

Masa salam nak balik tuh, den minta Mummy dan Pak Long doakan den ‘kaya dan berjaya’ hhahahahaha. Patutnya ‘beriman, kaya dan berjaya’ tapi biasalah dasar insan obsess dengan duniawi macam den nih ha, terlupa la pula nak minta doakan ‘beriman’ tuh ye. In sya Allah nanti telefon Mummy dan minta amend doa tuh.

Beraya dengan kakak abah yang tinggal di rumah pusaka atok. Alhamdulillah at 74 years old, mak yang merupakan breast cancer survivor with hips problem sihat lagi. Serious sihat k. Kalah den yang baru umur 41 tahun ni ha. Berani plak tuh dia duduk rumah atok sorang-sorang. Kalau den sure takut momok hahahahhaa.

Banyak berita dan gossip yang diupdate sepanjang beraya hampir 5 jam tuh. Asam garam kehidupan, ada suka duka. That is life. Nak tak nak kena jalan terus.

Lepas abis beraya dalam lepas Asar, kitaorang singgah kat pantai Telok Kemang bagi budak-budak mandi laut sekejap. Kalau balik Port Dickson, tapi tak jejak kaki ke pasir laut macam tak ummpphhh plak kan.
Budak-budak je la yang mandi laut dan main pasir. Den dan buong memantau depa sambil makan kudapan.

2 jam juga la budak-budak mandi laut sebelum kitaorang gerak balik ke Shah Alam.

No comments:

Powered by Blogger.