Dah lama sebenarnya den ajak buong bawa budak-budak pergi main sungai dan air terjun tapi dia tak nak sebab dia kata nanti takut ada kepala air atau kencing tikus. 

Alih-alih 2 minggu lepas dia kata jom bawa budak-budak mandi sungai dekat Perak. Den nak ajak mandi sungai yang dekat je kot macam dekat FRIM atau Kalumpang tapi dah katanya nak mandi sungai di Perak, den layankan je la asalkan budak-budak ni dapat merasa mandi sungai.

Den google la cari sungai yang sesuai untuk budak-budak mandi menghala ke arah Lumut.

Terjumpa pasal Air Terjun Sungai Bill di Tanjung Malim nih.
Dari pekan nak menghala ke Air Terjun Sungai Bill ni memang la sunyi sebab kawasan kat sini masih dipenuhi dengan hutan dan belukar.

Waze je in sya Allah jumpa.

Kitaorang sampai sini dalam pukul 3 petang.

Parking bagi setiap kereta dikenakan RM 3.

Dari tempat parking kita, kita perlu menyeberang sungai melalui jambatan untuk sampai ke tempat kemudahan yang disediakanseperti chalet yang berdinding nipah dan beratap rumbia (agaknya la) serta berpaksi buluh, tapak perkhemahan, tandas, surau, tempat BBQ, etc oleh pengusaha. 

Terdapat pelbagai basikal digantung di sepanjang jambatan sebagai perhiasan. Unik k.
Kalau kita tak nak sewa chalet yang disediakan tetapi hanya nak mandi sungai tapi melalui kawasan pengusaha ni, kita akan dikenakan bayaran RM 3/orang. Kalau nak free pun boleh je tapi kena turun ke sungai melalui tepi jalan yang berumput rampai dan tiada jalan turun yang agak sempurna (yang bukan dalam kawasan pengusaha).

Disebabkan den bawa budak-budak, den sewa la chalet yang berdepan dengan sungai dengan harga RM 30 untuk kegunaan siang hari. Kalau nak bermalam di chalet nih bayarannya adalah RM 50. Harga setiap chalet berbeza bergantung kepada keluasan chalet tuh. Harga chalet berbeza kalau kita hanya melepak waktu siang dan kalau kita bermalam.

Dalam chalet yang kitaorang sewa tuh ada lampu, kipas, plug, rak letak toiletries, 3 tilam dan 3 biji bantal yang salah satunya adalah ditutupi sarung bantal dinosaur.
Chalet kitaorang daripada sisi belakang

Chalet kitaorang dari sisi depan
Den ingatkan budak-budak nih akan rimas dengan chalet nih sebab depa tak biasa tapi surprisingly depa suka k especially si F. Siap tentukan kitaorang kena tidur kat tilam yang mana. Dia of course la nak tidur dekat bantal bersarung bantal dinosaur tuh. Puas dia pujuk den cakap ‘kita tidur la malam ni kat rumah kampung ni mama’.

Okay je chalet dia cuma dindingnya ada celah-celah sebab dah dinding daun nipah kan. So memang orang boleh nampak la kita kat dalam chalet tuh.

Den sempat singgah ke toilet dia. Okay je. Bersih je cuma untuk jangan la expect ianya seumpama tandas di hotel bajet. 

Dari chalet kitaorang tuh, turun tangga skit terus sampai ke sungai. Sejuk ooo air sungai tuh. Budak-budak tuh first time jumpa sungai memang la sangat jakun. Depa tanya macam-macam. “Kenapa sungai ni sejuk? Kenapa ada banyak batu? Kenapa air sungai tak warna biru (depa terbanding dengan air dalam swimming pool la gamaknya)”.
Tangga nak turun ke sungai depan chalet kitaorang
Dalam sejuk-sejuk tuh, depa berdua mandi sungai 3 jam juga ye sampai pukul 6 petang. Tuh pun kena berpaksa naik ke darat. Sakan sungguh depa mandi siap naik rakit buluh yang memang disediakan oleh pengusaha. Terjumpa pula 2 orang budak yang nak main sekali dengan depa, memang sakan la depa bergelinjangan di sana sini.

Walaupun kawasan air sungai yang diaorang mandi tuh biasa je (tiada batu-batu yang membentuk air terjun kecil) dan kitaorang tak naik ke kawasan yang lebih hulu untuk mandi air terjun, budak-budak nih sangat gembira dapat mandi sungai.
Ultraman Zero in the river
Acah-acah ambil gambar berseni
Buong layan la diaorang mandi sungai dalam 1 jam. Lepas dia dah kesejukan, dia melepak kat chalet. Den pula teman kiddos mandi. Den duduk atas batu tepi sungai je la pun. Tak kuasa nak mandi sejuk-sejuk tuh.

Masa buong layan kiddos mandi, den buat la lawatan tapak kat kawasan ni. Banyak kemudahan yang disediakan kat sini dan terdapat pelbagai institusi atau kumpulan yang dah sampai sini rupanya.
Mereka yang pernah ke sini

Pelbagai sewaan dan harga boleh didapati di white board
Pejabat untuk kita membuang urusan sewa chalet, etc
Air kat sini lebih best mandi tapi jauh la plak dari chalet kitaorang
BBQ Pit
Terdapat juga gerai burger dan makanan di sini yang menurut pengusaha akan beroperasi bila cuti umum dan cuti sekolah (apabila ramai orang).
Hiasan yang paling menarik perhatian den kat sini adalah madah pujangga atau kata-kata motivasi yang diletakkan kat beberapa sudut di sini.
Tempat yang best untuk melepak bersama keluarga dan kawan-kawan.
Thanks for the sweet memories
#In sya Allah bila ada rezeki nanti, den nak bawa budak-budak mandi air terjun pula.

10 Comments

  1. next time dtg naik la hulu, dekat je dlm 5 minit naik kereta. view lg cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha.....macam kena repeat ke sini nih nampaknya. Terima kasih atas info ye.

      Delete
    2. Kawasan hulu sungai lebih bersih jika dibandingkan dgn kawasan berhampiran chalet. Ini disebabkan air dekat chalet ini dikhuatiri tercemar dengan air kumbahan dari rumah-rumah kampung dibahagian atas chalet.

      Delete
  2. Bermandi manda dikawasan ini tidak digalakkan kerana air sungai dikhuatiri kurang bersih walaupun nampak jernih. Ini disebabkan air sungai mungkin tercemar dengan air kumbahan yang datangnya dari kawasan perumahan kampung dibahagian hulu kawasan chalet ini. Perumahan kampung Sungai Bil ini adalah cara tradisional dan tidak mempunyai peparitan dan takungan air kumbahan yang betul dan dan sempurna. Jestru, semua air kumbahan disalurkan kearah sungai dan ini berlaku sejak puluhan tahun yang lalu.
    Sehubungan dengan itu, pengunjung adalah dinasihatkan bermandi manda manda dibahagian hulu sungai iaitu dikawasan air terjun dimana airnya adalah bersih dan tidak ada pencemaran.
    Walau bagaimanapun, pengunjung boleh membuat pilihan sendiri dan tidak ada ada paksaan dalam memilih temoat untuk berrekreasi bersama rakan dan keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas makluman tuan/puan. Semoga maklumat ini dapat dimanfaatkan oleh mereka yang bercadang hendak bermandi manda di sini. Terima kasih ye atas penerangan

      Delete
    2. mana dapat info ni? adakah orang di sungai bil itu duduk dalam hutan lagi pada zaman ni?

      Delete
  3. Salam. Kalau nak book chalet, kena book awal2 dulu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Kalau bukan cuti sekolah macam boleh walk in sahaja. Tapi to be on the safe side, better booking dulu untuk make sure confirm ada tempat bermalam

      Delete
  4. Brother, awak komen ni dengan penuh yakin ke yang air kumbahan disalurkan terus ke sungai? Dapatkan kepastian dulu sebelum komen.

    ReplyDelete