Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kalau melawat Galeri Tokoh, memang tidak sah kalau tidak melawat Galeri 3D sebab harga tiketnya adalah 2 di dalam 1 iaitu RM8 (dewasa) dan RM5 (kanak-kanak, warga emas dan OKU) bagi kedua galeri ini di mana Galeri Tokoh terletak di aras bawah dan Galeri 3D terletak di tingkat 1 di dalam satu bangunan yang sama.

Walaupun Galeri 3D ini comel je saiznya tetapi ianya tetap mempunyai tarikan unik tersendiri untuk kanak-kanak dan seisi keluarga bergambar. Eh....orang muda, orang bujang dan sebagainya pun sesuai juga bergambar di sini.

Jangan lupa mengabadikan gambar dan video di laluan yang dihiasi dengan cermin kaca. Sempat la den fefeling Disney Princess begitu hehehehe.

Waktu operasi setiap hari termasuk hari kelepasan am iaitu dari 8 pagi hingga 5.00 petang.

Jom bergambar sakan di Galeri 3D ni ye.

0 Comments