Assalamualaikum dan salam sejahtera.

KLIA - Lapangan Terbang Antarabangsa Miri - Taklimat di JPS Miri - Lawatan tapak projek hakisan pantai ke Kuala Sungai Baram, Miri - Masjid Lutong - Piasau Nature Reserves - Pasar Malam Saberkas - makan malam di Restoran Yi Hah Hai - check in di Hotel dan Apartment Jinhold

Hari pertama memang hari yang paling padat sekali memandangkan program hari Sabtu terpaksa dimasukkan ke dalam hari Khamis dan Jumaat apabila MAS tiba-tiba menukarkan penerbangan pada Sabtu dari 8.30 malam ke 11.30 pagi. Memang sinetron sungguh tau hehehehehe.

Pukul 1.30 pagi den masih belum tidur sebab ada peserta yang whatsapp tidak boleh mendaftar masuk secara atas talian dan sebagainya huhuhuhu. Den tidur la sekejap sebelum whatsapp semua peserta mengingatkan mereka tentang boarding pass, pengisytiharan e-health kemasukan ke Sarawak yang perlu dibuat dalam tempoh 12 jam (pengisytiharan ini perlu sah semasa kita mendarat di Sarawak. Maknanya sesuai dibuat sebelum kita berlepas di KLIA agar bila kita touchdown di mana-mana lapangan terbang di Sarawak, pengisytiharan ini masih sah laku berada di dalam tempoh 12 jam), ubat-ubatan yang perlu mereka bawa (sebab ada beberapa orang di dalam lawatan teknikal ini adalah senior jadi ini adalah penting ye).

Seusai sampai di KLIA, mata den bukan sahaja lebam teruk seperti mata panda, siap eye bag bagai tetapi memang den dah macam zombie hehehehehe.

Semua 28 orang peserta (16 orang wakil agensi teknikal + 4 orang wakil pejabat kitaorang + 2 orang wakil juruperunding + 6 orang urusetia) berkumpul di KLIA pukul 5 pagi bagi penerbangan 8.30 pagi ke Miri.

Alhamdulillah rezeki den dapat duduk di tepi tingkap sebab den tidak sempat hendak tengok apa pun tentang nak pilih tempat duduk di dalam kapal terbang ke apa ke kerana sibuk dengan 1001 macam hal lain berkaitan dengan lawatan teknikal ini. Terima kasih kepada anak buah yang tolong mendaftar masuk dan mendapatkan den tempat duduk sebelah tingkap ni.

Lama tidak tengok view ini

Ingatkan hendak tidur sebentar di dalam penerbangan yang mengambil masa lebih kurang 2 jam ini tetapi asyik pula melihat pemandangan di luar sebab rasanya sudah lama den tidak naik kapal terbang. Kali terakhir naik kapal terbang adalah ke Langkawi pada awal September 2020 bagi menghadiri kursus tentang sistem memantau pelepasan air dari empangan. Ketua juruperunding yang menganjurkan kursus ini meninggal dunia di penghujung 2020, mohon sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau ye.

Cantik sungguh pemandangan awan dari tempat duduk den.

Hello Miri

Sempat la den tengok cerita apa entah di dalam kapal terbang tersebut.

Sampai sahaja di Lapangan Terbang Antarabangsa Miri, kami disambut oleh tour guide yang setia menanti. Semua peserta menaiki bas. Den titipkan juga 2 orang anak buah den untuk menaiki bas yang sama. Den dan 3 orang anak buah den yang lain menaiki Exora kerana kami perlu sampai dulu di tempat yang kami hendak lawat bagi membuat persediaan menerima semua peserta dari dalam bas. Begitulah urusetia ye, macam emak pengantin, sibuk menguruskan macam-macam heheheehe.

Program lawatan teknikal dimulakan dengan taklimat tentang pengurusan lembangan sungai bersepadu oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Miri. Menarik dengar perancangan yang digariskan di dalam pelan ini bagi tempoh sehingga 2040. Den paling tertarik dengan cadangan cable car dari Canada Hills. Sekiranya semua perancangannya dilaksanakan mengikut garis masa yang ditetapkan, in sya Allah pada 2040, kalau den panjang umur (masa tuh den dah 62 tahun, dah layak dapat diskaun untuk warga emas), den nak datang ke Miri untuk naik kereta kabel ni.

Seterusnya kami dibawa melawat tapak ke Projek Pengawalan Hakisan Pantai di Kampung Batu 1, Kuala Baram, Miri.

Selesai sahaja lawatan tapak, kami terus ke Masjid Lutong untuk solat jamak. Disebabkan kepenatan, den tidak teringat langsung hendak mengambil gambar masjid ini walaupun sekeping cuma.

Kami meneruskan perjalanan ke Piasau Nature Reserves di mana kami menghabiskan masa lebih kurang 2 jam di sini.

Kami singgah sebentar di Pasar Malam Saberkas dan berjalan-jalan di sini dalam 1 jam. Banyak gambar menarik yang boleh diambil dan banyak makanan yang boleh dibeli untuk dirasa tetapi disebabkan kepala telah menyol dan badan penat pengsan, hendak keluarkan telefon dari beg pun telah jadi sangat malas. Jalan pun sudah ala-ala menyeret kaki hehehehhee. 

Nampak sedap kan ikan bakar dekat Pasar Malam Saberkas ni tapi tidak sempat beli pun huhuhuhu

Program terakhir sebelum kami dibenarkan untuk mendaftar masuk ke hotel adalah makan malam di Restoran Yi Hah Hai yang bermaksud restoran udang dan ketam (ini tour guide cakap). Sempat la den dan anak buah den yang perempuan (dalam team 6 orang ni, hanya kami berdua perempuan) menjadi waitress mengasingkan lauk pauk untuk wakil JPS Miri yang datang lambat sedikit untuk makan malam ini.

Lauk pauknya memang sedap-sedap tetapi disebabkan den sangat penat, den hanya makan sedikit sebab sudah terbayang-bayang katil empuk di hotel heheehhehe. Gambar udang dan ketam sedap pun den tidak sempat ambil biar sekeping di sini.

Sementara 4 orang anak buah den menguruskan daftar masuk semua peserta di Hotel dan Apartment Jinhold, den bersama seorang anak buah den dan seorang boss den menemani 3 orang JPS Miri makan malam. Kami sebenarnya berbesar hati JPS Miri sudi menerima kehadiran kami semua di dalam tempoh tidak sampai 2 minggu kami zahirkan hasrat untuk melawat ke Miri. JPS Miri siap sediakan makan tengahari bagai kepada kami. Kerjasama daripada agensi teknikal di Miri memang sangat awesome.

Kami akhirnya berjaya sampai di hotel selepas tersesat sedikit hahhhhahaa. Anak buah den pun dah penat sangat sampai tersalah ambil simpang bagai hendak ke hotel.

Bila den akhirnya berjaya meletakkan kepala di bantal yang empuk di hotel itu, jam telah menunjukkan hampir pukul 12 tengah malam.

Hari yang sumpah padat, sibuk, memenatkan tetapi kami bersyukur kerana semua program berjalan lancar dengan izin Allah.
Kenangan seusai sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Miri

0 Comments