Assalamualaikum dan selamat petang.

Seronok la orang Tampin sebab McDonald’s Malaysia pada 8 Mac lepas telah meraikan pembukaan rasmi rangkaian restoran McDonald’s di Tampin, Negeri Sembilan. Restoran ini merupakan restoran ke-15 dibuka di Negeri Sembilan, dengan lokasi yang strategik berdekatan dengan sempadan negeri Melaka-Negeri Sembilan membolehkan aksesibiliti yang mudah bagi pelanggan dari pelbagai kawasan.


Orang Tampin sudah boleh merancang untuk buat pelbagai program di sini. Boleh buat sambutan hari lahir, sesi reunion dan gathering bersama-sama keluarga dan kawan-kawan apabila Malaysia memasuki fasa endemik bagi Covid-19 pada 1 April ini, berehat bersama keluarga dan teman-teman di hujung minggu selepas penat bekerja dengan menikmati pelbagai pilihan hidangan, menghabiskan masa sendirian (me time) bagi mereka yang memerlukan ruang untuk recharge bagi meneruskan perjuangan di dalam kehidupan sambil minum secawan kopi daripada rangkaian McCafé dan sebagainya.

Pembukaan Restoran McDonald’s di Tampin ini adalah selaras dengan inisiatif Kerajaan di dalam mentransformasikan Negeri Sembilan menjadi negeri membangun di McDonald’s menyumbang kepada pembangunan sosio ekonomi negeri dan menawarkan peluang pekerjaan untuk komuniti setempat khususnya di Tampin.

McDonald’s Malaysia menjangkakan restoran ini bakal menyediakan hidangan saat-saat keriangan kepada pelanggan dari kawasan sekitar. Sejak dibuka pada penghujung tahun 2020, restoran ini telah berjaya mencapai jualan yang memberangsangkan, satu angka yang amat membanggakan bagi sebuah restoran yg masih baru beroperasi.

Rekabentuk Unik Bumbung Panjang Restoran McDonald’s Tampin

“Sokongan dan kerjasama syarikat-syarikat korporat seperti McDonald’s, bukan sahaja menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi negeri tetapi juga dapat merangsang peluang-peluang pembangunan kerjaya kepada golongan muda di negeri ini.  Saya amat berbangga dengan pembukaan restoran baharu McDonald’s ini memandangkan ia adalah salah satu dari usaha Kerajaan untuk meningkatkan sosio-ekonomi dan menuju ke arah transformasi Negeri Sembilan sebagai negeri membangun,” YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan.

Itu adalah sebahagian intipati ucapan YAB Dato' Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan yang merasmikan majlis pembukaan rasmi Restoran McDonald’s Tampin.  Bangunan asal Restoran McDonald’s Tampin ini merupakan Rumah Rehat Tampin dan telah diambil alih oleh McDonald’s Malaysia bagi membuka restoran McDonald’s.  Restoran ini juga restoran pertama yang mempunyai rekabentuk yang unik berinspirasikan bumbung panjang yang sinonim dengan rumah tradisi Negeri Sembilan. Memang kena datang tau ke Restoran McDonald’s Tampin ini sebab di sini kita boleh menikmati vibes tradisional dan moden yang memang awesome.

“Perasmian Restoran McDonald’s Tampin ini adalah selaras dengan pelan pembangunan McDonald’s Malaysia hasil dari peningkatan prestasi perniagaan McDonald’s Malaysia.  Ia bakal menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi Negeri Sembilan di samping peluang pekerjaan bagi komuniti setempat yang seterusnya dapat meningkatkan taraf kehidupan mereka,” Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Kongsi Tempatan McDonald’s Malaysia.

Petikan ucapan Dato’ Azmir Jaafar menzahirkan hasrat dan komitmen McDonald’s Malaysia di dalam mendukung dan bersama-sama merealisasikan semua aspirasi yang ditetapkan oleh Kerajaan.

Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald - Yayasan Jaafar Ahmad di Restoran McDonald’s Tampin

Selain daripada rekabentuk yang unik, Restoran McDonald’s Tampin ini juga digandingkan dengan Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald - Yayasan Jaafar Ahmad.  Bilik terapi sensori ini disediakan khas untuk kanak-kanak istimewa khususnya dari keluarga golongan B40 bagi meningkatkan kemahiran kognitif dan keyakinan diri mereka. 

Sehingga kini, RMHC telah membangunkan sebanyak 35 buah bilik terapi sensori di seluruh Malaysia, rangkaian bilik terapi sensori terbesar di Malaysia, dengan kos tajaan lebih dari RM4 juta dan telah memanfaatkan lebih dari 7,000 orang kanak-kanak istimewa, termasuk di Sabah dan Sarawak.

Pembayaran Zakat Korporat

McDonald’s Malaysia adalah di antara sektor korporat yang sentiasa menunaikan tanggungjawab sosial bagi membantu memberikan impak positif kepada kesejahteraan rakyat Malaysia.

Di majlis yang sama, McDonald’s Malaysia juga telah menyerahkan bayaran zakat korporat bernilai RM180 ribu kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINs) bagi diedarkan kepada golongan asnaf dan golongan yang memerlukan di seluruh Negeri Sembilan.  MAINs telah diwakili oleh Dato’ Dr Abd Aziz Bin Sheikh Ab. Kadir, Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

Jom semua menjamu selera dengan pelbagai pilihan menu di Restoran McDonald’s Tampin ini.

0 Comments