Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kalau sebut sawah padi, kebiasaannya terbayang Negeri Kedah Jelapang Padi dan Sekinchan dan Tanjung Karang di Selangor.

Tidak sangka Maran pun ada sawah padi yang terbentang indah yang terletak di sebelah jalan besar berdekatan dengan FELDA Kg New Zealand yang dikenali dengan nama Laman Jerami Luit di Sawah Padi Kg Paya Kertam, Mukim Luit.

Sawah padi di mana-mana pun memang mempunyai pemandangan yang sangat menakjubkan dan merupakan satu terapi mata yang menyejukkan hati.

Kalau dibiarkan berlama-lamaan berehat di sini pun den bisa aje sebab memang bak kata orang putih 'spectacular, awesome and breathtaking view'.


Kita boleh berehat dan bergambar di gondola, buaian dan tangga yang disediakan yang berlatarbelakangkan kehijauan sawah padi terbentang luas sesayup mata memandang.

Menurut taklimat di FELDA Kg New Zealand, sawah padi ini memberikan hasil padi yang terbaik. Aktiviti penanaman padi ini mendapat kerjasama dari Sekinchan dan Sungai Besar, Selangor.

Moh kita ronda-ronda Maran dan singgah di sawah padi ini untuk bergambar fefeling Kuch Kuch Hota Hai.

0 Comments