Warna Warni Ramadan Hotel Premiere Klang Menawarkan Pelbagai Juadah Sedap Untuk Berbuka Puasa Pada Harga Menarik
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Semalam den berpeluang menjamu selera pelbagai jenis juadah beraneka rasa yang disajikan oleh Hotel Premiere Klang sempena promosi Warna Warni Ramadan dan pakej berbuka puasa yang akan bermula dari 4 hingga 30 April 2022. Memang banyak sungguh pilihan sampai rambang mata dan tidak termakan semuanya sebab banyak sungguh pilihan.
Sambutan bulan Ramadan yang bakal menjelma diserikan lagi dengan sajian berbuka puasa yang lazat di Hotel Premiere mulai pada 4 hingga 30 April 2022. Menampilkan konsep Warna Warni Ramadan @Premiere, bufet Ramadan pada kali ini mengetengahkan selera kampung dan signature menu makanan Melayu popular yang diterajui oleh Chef Eksekutif Hotel iaitu Chef Noor Hisham.
Chef Norhisham memberikan penerangan tentang signature dish di Hotel Premiere Klang
Warna Warni Ramadan @Premiere
Kenapa Hotel Premiere pilih tema Warna Warni Ramadan bagi pakej berbuka puasa pada tahun 2022 ini? Semestinya adalah kerana kepelbagaian menu juadah yang disediakan untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan bangsa.
Pengurus Besar Hotel Premiere Klang menjelaskan tentang tema Warna Warni Ramadan |
Pelbagai Juadah Aneka Rasa
Bertempat di The Buzz Café, konsep ini menggabungkan hidangan yang terdiri daripada masakan tempatan dan antarabangsa yang mana turut dimeriahkan lagi dengan dekorasi ala-kampung. Selain itu, The Buzz Café turut menyediakan stesen - stesen masakan secara langsung seperti Kuey Teow Goreng, Roti Canai, Pisang Goreng, Popiah Basah, Satay, Apam Balik dan Murtabak.
Bagi memastikan para tetamu menikmati hidangan yang disajikan, Bufet Ramadan kali ini menggunakan bahan dan rempah ratus yang segar dan berkualiti bagi membangkitkan lagi aroma dan rasa dalam masakan. Sajian baru chef adalah Ayam Pasu. Antara sajian utama Hotel Premiere kali ini adalah Gulai Kawah Pak Long, Daging Salai Percik, Ayam Masak Merah, Ikan Bakar Premiere Special, Sotong Lemak Cili Api dan pelbagai lagi.
Pelbagai juadah pencuci mulut yang akan disajikan, di antaranya adalah kuih muih tempatan, kek, pastri, buah-buahan dan pelbagai lagi yang pastinya membuatkan para tetamu rambang mata untuk mencuba. Jangan terlepas Première Special Assorted Milkshakes kegemaran ramai seperti kelapa, nanas, mangga, assam boi longan, pisang dan lain-lain yang unik.
Sorotan yang menyegarkan adalah durian buffet yang bergantung pada musim. Sumpah den terperanjat tengok ada durian bersama deretan buah-buahan lain. Rojak pun ada. Jangan lupa makan tau.
Persembahan Live Band
Bagi menambahkan kemeriahan berbuka puasa di Hotel Premiere, tetamu akan dihiburkan dengan persembahan daripada Asimilasi Musical. Suara diaorang memang sedap sangat k. Semasa makan tuh, rasa terbuai-buai perasan mendengar gabungan dendangan lagu Melayu dan Inggeris irama 70an, 80an, 90an dan sudah tentu lagu-lagu terkini. Sudah pastinya lagu-lagu raya turut didendangkan.
Pakej Berbuka Puasa Warna Warni Ramadan@Premiere 4 - 30 April 2022
Harga untuk bagi pakej berbuka puasa Warna Warni Ramadan@Premiere adalah seperti berikut:
Tempahan Awal (Early Bird) 16 Mac hingga 3hb April 2022 - RM98 seorang dewasa
Harga biasa yang ditawarkan adalah:
RM118 (dewasa)
RM78 bagi kanak-kanak dan warga emas
Hidangan berbuka puasa ini akan berlangsung pada setiap hari sepanjang bulan Ramadan dari 4 hingga 30 April 2022 bermula jam 7.00 petang hingga 10.00 malam.
Cabutan Bertuah
Akhir sekali Hotel Premiere Klang berbesar hati untuk mengadakan sesi Cabutan Bertuah pada 13 April, 20 dan 27 April 2022. Semua yang memilih pakej berbuka puasa Warna Warni Ramadan@Premiere berhak mendapat satu (1) penyertaan cabutan bertuah untuk setiap pembelian 10 Baucar Buffet Ramadan. Menarik kan?
Tanggungjawab Korporat Sosial
Di samping menyediakan pakej berbuka puasa Warna Warni Ramadan@Premiere, Hotel Premiere tidak pernah melupakan jasa bakti petugas dan komuniti barisan hadapan yang tetap bersungguh-sungguh berkhidmat bagi membanteras Covid19.
Oleh itu, Hotel Premiere Klang akan memasak dan mengedarkan 1,500 bungkus bubur yang sangat sinonim dengan bulan Ramadan iaitu bubur lambuk untuk diagihkan kepada semua petugas dan komuniti di kawasan Klang iaitu balai bomba, balai polis, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Hospital Manipal, Majlis Perbandaran Klang, masjid dan syarikat swasta bagi mengimarahkan semangat sedekah di bulan Ramadan.
Bagi mereka yang berminat untuk membuat tempahan, sila hubungi:
Talian Hotel Premiere: 03-3325 6828 / 03-3325 6800
Email: fnb@premiere-hotel.wct.my
Whatsapp: 012-449 6258 (Mazlina Manaf)
Jom kita berbuka puasa bersama-sama keluarga dan teman-teman dengan pakej Warna Warni Ramadan@Premiere. In sya Allah berbaloi sebab serba serbi sedap beraneka rasa.
Sesiapa yang hendak mendapatkan maklumat lanjut tentang Hotel Premiere Klang ini boleh melayari media sosial berikut ye:
Laman sesawang: https://www.Premiére-hotels.com/
Facebook: https://www.facebook.com/PremiéreHotels
Bilik hotel di Hotel Premiere Klang ni pun best tau. Ini kita cerita di lain masa ye.
0 Comments