Assalamualaikum dan salam sejahtera

Maran ini tenang sungguh sesuai dengan temanya sebagai Bandar Sejahtera sebab waktu malamnya lengang dan tidak sibuk. Memang santai habis begitu.

Kami makan malam western dan roti canai selepas melalui Jambatan Kasih.

Ada beberapa pilihan makanan lain seperti laksa, mee/bihun kari, cakoi dan sebagainya.

Selesai menjamu selera jangan lupa mengambil gambar di Umbrella Walk yang berada sebaris dengan kiosk makanan.

Maran River Front ni bersebelahan je dengan Jejambat Rafflesia.


0 Comments