Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Rupa-rupanya ada ramai tokoh yang merupakan anak kelahiran Maran. Den baru tahu tentang perkara ini bila berpeluang Galeri Tokoh di Maran.

Terdapat beberapa tokoh yang den pernah tahu tetapi ramai lagi yang den tidak pernah kenal.

Semua tokoh yang diabadikan di galeri ini memberikan sumbangan bukan sahaja kepada Negeri Pahang tetapi juga di peringkat Kebangsaan dan Malaysia.

Ada Tokoh Pejuang Kemerdekaan, Tokoh Politik, Tokoh Ketenteraan, Tokoh Kesenian, Tokoh Pendidikan, Tokoh Agama, Tokoh Ekonomi, Tokoh Undang-Undang dan Tokoh Sukan yang berasal dari Maran.

Hebat-hebat betul orang Maran kan?

Maklumat semua tokoh ini dipamerkan di ruang pameran serta melalui tayangan video.

Harga tiket in sya Allah memang mampu milik kepada semua.

Waktu operasi setiap hari tau.

Seterusnya kami menziarahi Makam Tokoh Yang Membuka Maran iaitu Hj Ahmad bin Tengku Lomos. Nanti den update tentang kisah Allahyarham kelak ye.

Jom kita mengenali secebis kisah tokoh-tokoh menarik daripada Maran.

0 Comments