Tempat Makan Wajib Singgah di Maran 2022: Kedai Makan Patin Tempoyak Kak Aya Awang
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Selepas sakan berjalan ke hulu ke hilir dan berposing di sana sini mengabadikan kenangan, tempat yang paling penting untuk semua adalah kedai makan yang sedap untuk mengisi perut bagi memberikan tenaga untuk sesi berjimbaan seterusnya.
Kalau kita pergi ke Maran, paling tidak sekali kena singgah makan tengahari di Kedai Makan Patin Tempoyak Kak Aya Awang.
Apa hidangan paling istimewa di sini?
Ha....jangan lupa makan ikan kerai yang merupakan salah satu spesies ikan sungai.
Ada dua (2) jenis hidangan ikan kerai yang den cuba iaitu ikan kerai goreng dan ikan kerai masak tempoyak. Den berkenan dooh dengan ikan kerai goreng yang isinya manis banget dan rangup sekali di tepi-tepi ikan tu.
Ikan kerai masak tempoyak sedap juga tapi ikan goreng cicah sambal belacan disulam dengan timun kecil tuh adalah kombinasi mantap untuk tekak den.
Sudah tentu tidak lengkap sesi berjimbaan ke Pahang kalau tidak makan ikan patin tempoyak kan?
Di sini pun ikan patin tempoyaknya sedap banget bisa bikin bertambah nasi dua kali begitu.
Ada banyak je pilihan lauk lain di Patin Tempoyak Kak Aya Awang ini seperti siput sedut masak lemak, sup cendawan dan lain-lain tetapi bila ikan kerai dan ikan patin terhidang di depan mata, memang lauk-lauk lain terpinggir begitu hehehheehhe.
Patin Tempoyak Kak Aya Awang beroperasi setiap hari dari 8 pagi hingga 4 petang.
Untuk tempahan atau pertanyaan, boleh hubungi nombor di bawah ye. Sempat kami mendengar cerita daripada pemilik Patin Tempoyak Kak Aya Awang yang berkopiah putih tu.
Gambar memang tak banyak den ambil di sini kerana den fokus makan ikan kerai goreng bersungguh-sungguh hehehehehehe.
Jemput singgah ke Patin Tempoyak Kak Aya Awang bila sampai di Maran ye.
0 Comments