Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Den memang happy sangat dapat menghadiri ANUAR ZAIN "Karena Aku Cinta" Charity Dinner, yang diadakan di Ipoh International Convention Centre (IPCC) pada 5 Mac 2022 yang lepas. 

Walaupun den beli tiket yang paling murah sebab itu aje yang den mampu, tetap juga den happy dapat mendengar dendangan 10 buah lagu oleh penyanyi lelaki lagenda negara, the one and only Anuar Zain.

Den sampai ke IPCC pada pukul 8 malam. Sempat berkenalan dengan 2 orang peminat Anuar Zain yang turun dari Kuala Lumpur bagi menyaksikan penyanyi kesayangan mereka melantunkan suara lunak merdu setelah 2 tahun berhibernasi sebab Covid19. Ramai juga peminat yang datang lone ranger macam den nih ha.

Kalau Anuar Zain dapat melihat betapa kasihnya peminat-peminat beliau kepada beliau, tentu beliau gembira. The fans really love you termasuklah penulis blog ini. Eh tetiba😅

ANUAR ZAIN "Karena Aku Cinta" Charity Dinner anjuran Majlis Bandaraya Ipoh, Bond Holdings dan pelbagai syarikat lain diadakan bagi menghargai jasa khidmat bakti barisan hadapan di dalam memerangi Covid19.

Persembahan dimulakan dengan nyanyian dua (2) buah lagu oleh Adibah Noor termasuk lagu Terlalu Istimewa. Ini juga merupakan seorang penyanyi yang mempunyai suara mantap meletop.

Disebabkan den duduk di antara meja hujung sekali kerana harga tiket yang paling murah, ditambah pula dengan telefon cap ayam, memang la den tidak dapat capture visual dan audio yang mantap. Lagipun den memang fokus menghayati semua persembahan, jadinya tidak banyak video dan gambar yang diambil.

Sambil dengar persembahan, den menjamu selera makan malam yang dibungkus comel. Sedap juga makanannya tapi disebabkan den sibuk hendak ikut menyanyi, makanya makan pun ala kadar.

ABANG NUAR.....I LOVE YOU....

Begitulah jeritan sebahagian peminat sebaik sahaja the legendary Anuar Zain muncul di pentas.

Memang gegak gempita suara para peminat beliau termasuklah yang menulis ni. Eh😅

Anuar Zain sememangnya seorang penghibur yang petah berbicara dan pandai mengambil hati peminatnya. 

Apa lagi yang hendak diperkatakan tentang figura yang seorang ini. Usah bicara tentang suara lemak gemersik beliau. Suaranya memang sangat merdu mempesona. Sememangnya suara dan persembahan beliau berada di dalam kelas yang tersendiri. Antara penyanyi yang persembahan langsungnya sememangnya tidak pernah mengecewakan

Mesmerizing and soothing voice. Superb entertainer.

Anuar Zain mendendangkan sepuluh (10) buah lagu dalam tempoh satu (1) jam iaitu Kau Bunga Cintaku, Keabadian Cintaku, Karena Aku Cinta, Jera, Jangan Bersedih Lagi, Bila Resah, Lelaki Ini, Ketulusan Hati, Sekebun Cinta Nan Berbunga dan Sedetik Lebih. 



Setiap kali beliau turun dari pentas memang la kena serbu dengan peminat-peminatnya yang rindu hendak melihat persembahan beliau.

Tergelak je den bila beliau tukar lirik 'bila resah, ingat saat indah' kepada 'pakailah mask, jagalah SOP'🤣

Den tidak ikut serbu sebab ramai benar orang mengerumuni beliau. Sebenarnya takut bila den turut sama serbu Anuar Zain, den terpijak kain baju kurung den lalu tersungkur kan ke haru biru nanti. Hendak bergambar dengan Anuar Zain tidak dapat, malu sendiri yang menimpa.

Jadinya biarlah den memandang Abang Nuar dari kejauhan ala-ala I love you for afar gittew. Chewah.

Semasa beliau menyanyikan lagu Sekebun Cinta Nan Berbunga, sempat beliau minta Ziana Zain dan Noryn Aziz (kalau tidak silap) menyanyi sama.

Nampaknya den kena tunggu Anuar Zain buat konsert sendiri kalau hendak dengar beliau melantunkan lagu-lagu kegemaran den macam Mungkin, Cinta Harus Memiliki, Andainya Takdir, Cinta Takkan Berakhir, Sesucinya Cinta Mu, Semua Untukmu dan banyak lagi.

Buatlah konsert Abang Nuar.

Seusai tamat sahaja persembahan Anuar Zain, tetamu VVIP bagi charity dinner tersebut iaitu Raja DiHilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah Afifullah, mengambil alih pentas dan menyanyikan empat (4) buah lagu termasuk lagu Islands In The Stream (Dolly Parton & Kenny Rogers) dan Tears In Heaven (Eric Clapton). Siap main gitar lagi ye.

Charity dinner ini diakhiri dengan penyampaian cek sumbangan kepada mereka yang diraikan iaitu People of Remarkable Talent (PORT), PDRM, Kementerian Kesihatan Malaysia (Perak) dan Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Persembahan Anuar Zain di dalam ANUAR ZAIN "Karena Aku Cinta" Charity Dinner ini sememangnya mengubat rindu peminat-peminat beliau.

Thank you Abang Nuar for the spectacular and awesome performance.

Den doakan Abang Nuar dikurniakan kesihatan yang terbaik, dapat terus menghiburkan peminat dan dimurahkan rezeki selalu. Keep on being the humble and mr nice guy.

Semoga ada rezeki Anuar Zain membuat konsert yang lebih kebabom. Mohon persembahan pembukaan oleh Ziana Zain please. Den rindu nak tengok Kak Ziana menyanyi sambil mengangkat kening. 

Hope to see you in the next concert Abang Nuar.

Tiket Anuar Zain "Karena Aku Cinta" ini akan jadi antara penanda buku kesayangan den.



0 Comments