Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sesi ronda-ronda jalan-jalan cari makan di Maran diteruskan pada hari kedua selepas tidur lena semalamnya di chalet Taman Tasik Maran.

Jadual memang padat tetapi memang awesome.

Bukit Makro - Galeri M Warna - Galeri Pelancongan Chenor - Galeri Awlia - Kaki Bukit Kertau - Masjid Kampung Pantai - Rumah Warisan - Penginapan Terapung - Menyusuri Sungai Pahang - Dataran Indera Pahlawan - Pusat Rekreasi Teladas - Pizza Maran

Kami dibawa bersarapan di atas puncak Bukit Makro setinggi 279 meter.  

Kami berpeluang berkenalan dengan Tuan Zakaria Adam atau Zakaria Periuk Kera di Galeri M Warna dan melihat keindahan lukisan yang dihasilkan.

Selanjutnya kami berpeluang melihat pameran tentang sejarah, budaya dan tokoh Chenor di sebuah bangunan berbentuk songkok di Galeri Pelancongan Chenor dan diberi penerangan yang terperinci oleh Dato' Hj Mohamed Arifin bin Awang Ismail.

Kami mendengar penerangan tentang pengajian Islam di Galeri Awlia sebelum singgah sebentar kaki Bukit Kertau dan Masjid Kampung Pantai.

Kita menjamu selera di Rumah Warisan. Village vibes sangat di sini ye. Siap ada buai lagi.

Kami singgah sebentar di Penginapan Terapung yang comel je.

Peluang menyusuri Sungai Pahang menaiki bot adalah suatu pengalaman yang tidak akan dilupakan. Berdebar juga sebab Sungai Pahang ni lebar sungguh. Jarak bot dan permukaan air sungai tak sampai dua jengkal.

Dataran Indera Pahlawan adalah tempat untuk bersantai yang sangat luas di mana kita boleh buat pelbagai aktiviti keramaian.

Jangan lupa mengabadikan kenangan di jambatan gantung yang berwarna-warni di Pusat Rekreasi Teladas. Memang menyegarkan bila dapat bersantai makan-makan sambil mencelupkan kaki ke dalam sungai.

Hari kedua diakhiri dengan makan malam di Pizza Maran yang mempunyai pelbagai menu yang menarik untuk dijamah.

Lenguh kaki berjalan sana-sini tetapi hati gembira dapat melawat tempat-tempat yang unik dan menarik di Maran.

Nanti den cuba ceritakan tentang setiap tempat yang sempat den melawat pada hari kedua ye.

Moh ronda Maran semua!!!!




2 Comments

  1. sedap tgk makanan2 tu. wahh cari makan sambil jalan2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak tempat menarik di Maran ni

      Delete