Disebabkan tiada breakfast dalam pakej penginapan kitaorang, kitaorang pun jalan-jalan cari makan dekat-dekat dengan motel walaupun boleh je kalau nak jalan jauh sebab naik skuter pun hehehehehee.

Amani Café ni terletak sepelaung dari Sweet Inn Motel ni, tak sampai 2 minit menapak dari pintu pagar motel ni. Ianya merupakan kedai makan yang sempoi yang menyajikan pelbagai jenis breakfast, lunch dan early dinner termasuklah lauk kampung dan western food. 
Kedai memang sempoi tapi menu in English ye sebab memang target dia pelancong luar la kan. 
Kalau korang breakfast kat sini, silakan makan pancake ye sebab sedap banget untuk tekak den. Telur dadar dia pun kacak, ala-ala macam kat hotel gitu. Kedai desa tapi presentation macam hotel dah. Memang thorbaekkk la.
Serius sodap
Handsome kan telur dadar dia
Tekak orang kampung tetap la juga nak makan nasi goreng kan heheehhehe
Tempat duduk kat sini cozy sungguh. Ada spot yang macam sesuai untuk berOOTD sakan.
Kat kedai makan ni pun sediakan beberapa novel untuk dibaca sambil kita makan (nih memang biasanya target kat pelancong omputih sebab depa yang sakan membaca). 
Buku karya the late Stieg Larsson tuh den dah pernah baca. Memang best.
Food kat sini memang ada rasa dan harga mampu milik (bukan harga pelancong). 

Kalau sesiapa datang ke area Pantai Cenang, boleh pertimbangkan untuk makan di kedai yang memang awesome ni ye.

4 Comments

  1. rindunya nak ke Langkawi lagi. Last pi thn 2005. lama dah tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena lawat tuh Abam Kie sebab macam-macam ado di sini

      Delete
  2. okay pancake dia memang nampak inviting !!

    ReplyDelete
  3. kannn makan pula dengan honey....memang heaven

    ReplyDelete