The Gift by Cecilia Ahern

12:37
In business he was a master timekeeper but in life he was a broken pocket watch”.

Time can’t be given but it can be shared”. 

The lost time that could never return”.

Buku yang mengisahkan tentang ‘the value of time and what is truly important in life’.

Lou Suffern terlampau busy dengan kerjaya dia sampai dia terabaikan keluarganya (ayah, mak, adik beradik, isteri dan anak-anak).

Pertemuan Lou dengan Gabe yang merupakan seorang gelandangan mengubah hidup dia secara tidak sengaja dan tanpa dia sedari. Walaupun pada mulanya Lou agak sakit hati sebab Gabe macam menyibukkan diri dengan urusan peribadi dia. 

Towards the end of the book, Lou tersedar yang kehadiran Gabe dalam hidup dia walaupun agak menjengkelkan sebenarnya nak memberi peluang kepada dia untuk menghargai masa dan perkara yang paling penting dalam hidupnya iaitu keluarga dia.

Gabe sebenarnya memberi hadiah yang paling istimewa di dalam hidup Lou iaitu ‘the gift of time’. 

Buku-buku karya Cecilia Ahern antara buku yang biasanya tak perlu ambil masa yang lama untuk dihabiskan sebab storyline nya sempoi yet intriguing dan confirm menyentuh hati dengan bahasa yang mudah difahami.

Antara buku terbaik daripada Cecilia Ahern.

The only book yang den berjaya baca pada bulan May. Den baca buku ni dalam tempoh 3 hari.

Memang dah dapat agak tak akan dapat baca buku pun bulan May ni sebab konon-kononnya nak focus baca Al-Quran sempena Ramadhan ni.

No comments:

Powered by Blogger.