Kelas Memasak 5 Resepi Menggunakan Periuk Noxxa oleh Fly HI Home Chef Academy

Kelas terakhir sebelum berhari raya pada 1 Jun 2019 yang lepas.

Den daftar kelas ni rasanya masa 2 minggu berpuasa. Masa tuh bersemangat gila nak pergi tapi bila dah tiba tarikh kelas tuh macam malas nak pergi sebab penat padahal tak puasa pun pada hari tuh hehehehehehe.

Tapi Alhamdulillah memang berbaloi den paksa diri pergi ke kelas ni sebab banyak info den dapat macam mana nak guna periuk Noxxa tuh. Dah beli setahun periuknya den pernah guna masak nasi himpit sekali je. Lepas tuh simpan terperuk dalam kotak huhuhuhuhu.

Chef Ismail ajar masak 5 resepi:

1. Dendeng Daging Warisan (resepi ni Chef guna untuk jualan);
2. Rendang Ayam Sri Serat;
3. Nasi Minyak Malabar;
4. Cranberry Orange Walnut Cake; dan
5. Semperit Cheese Cookies.

Bila dah ke kelas masakan ni, baru realize yang takde la susah mana pun nak masak sebab resepi Chef Ismail guna bahan yang paling minima. Tuh yang den paling suka sebab den memang malas kalau bahan-bahan banyak sangat ni.

Tak banyak ambil gambar kali ni sebab focus gitu hehehehehehe.
Chef tengah bagi penerangan cara penggunaan periuk Noxxa baru dan lama (yang sebelah kanan)
Cake sebelum dimasak
Daging dendeng yang memang marvellous
Samprit yang dibuat menggunakan Noxxa noodle maker
Hasil kelas half day hari tuh. Memang berbaloi.
Fee kelas memasak 5 resepi selama setengah hari (9 pagi hingga 1.30 petang) adalah RM50 sahaja dan semua peserta seramai 9 orang membawa balik semua jenis masakan sorang sedikit sebagai juadah berbuka puasa. Memang berbaloi sangat. 

Nih kali kedua den joint kelas oleh Fly HI Home Chef Academy. Kelas pertama adalah pada April lepas iaitu kelas Kek Premium yang den dah cerita kat SINI.

In sya Allah kalau Fly HI Home Chef Academy buat lagi kelas lain, den memang nak joint sebab Chef Ismail dan Cikgu Husna ni memang sempoi. Tak stress kelasnya. Elok benar la untuk den yang blur sokmo bila cakap pasal memasak ni.

Kalau korang nak joint mana-mana kelas Chef di Seksyen 7 Shah Alam atau nak Chef ajar buat kek atau roti, masak lauk, etc kat tempat korang tak kisah la apartment ke, kawasan kejiranan ke, program masjid ke, jabatan Kerajaan, syarikat korporat, etc, Chef boleh je sesuaikan dengan keperluan masa dan tempat penganjur, korang boleh contact Chef Ismail di:

Telefon: 013-3949787


No comments:

Powered by Blogger.