Disebabkan anak-anak den membesar di kawasan yang jarang nak berjumpa binatang sebab kitaorang duduk di apartment, makanya ini adalah salah satu sebab kenapa den nak bawa diaorang tengok kerbau.

Dah la duduk kat kawasan yang selalu jumpa cicak dan lipas je kan (kadang-kadang terjumpa kupu-kupu atau rama-rama), balik kampung pun paling kuat dapat jumpa kucing dan ayam, makanya memang molek la den bawa diaorang berkenalan dengan kerbau nih ha.

Buffalo Park ni duduk jauh di hujung kampung ye. Pakai waze in sya Allah sampai cuma mata nak kena cekap sikit tengok signboard di simpang nak masuk ke kawasan ni. Dari simpang jalan besar tuh nak menyampaikan ke lokasi kerbau ni memang agak mencabar sedikit sebab jalan kampung yang bukan sahaja comel lote tetapi juga tidak sekata jalannya. Walau macam mana pun, masih boleh tercapai menggunakan Axia.

Kiri kanan jalan towards nak menyampaikan ke tempat ni memang penuh belukar. Den dok ingat kitaorang salah jalan je. Mujur je la buong bertabah nak redah juga jalan tuh.
Kawasan tempat letak kereta kat sini memang seluas mata memandang ye. Elok molek tempat letak keretanya, bertar bagai.

Untuk masuk tengok kerbau dan bagi makan kerbau, harga tiket in sya Allah mampu milik.
Kalau nak tunggang kerbau jalan-jalan kat dalam kawasan yang dah ditetapkan tuh kena bayar RM15 seorang tapi disebabkan anak-anak den semuanya takut, makanya takde siapa la yang menunggang kerbau tuh. Den teringin juga nak tunggang kerbau tuh tapi disebabkan berat den mengerikan, den risau patah riuk kerbau tuh nanti dah tak pasal den kena jual spender nak membayar ganti rugi plak nanti.

Masa kitaorang datang sini, kerbau yang ada di dalam kandang ada lebih kurang 12 ekor (ada 2 ekor anak kerbau sekali). Ada beberapa spesies kerbau tapi deh dah lupa dah apa spesiesnya.
Yang paling gembira di Buffalo Park ni adalah F. Bersungguh-sungguh dia tengok kerbau dan bagi makan kerbau yang dok ada kat sini. Even masa kitaorang dok lunch, dia boleh je pergi tengok kerbau tuh sorang-sorang. Den suspek si F yang merupakan peminat tegar dinosaurs ni, kalau dia tak jadi paleonthologist esok masa besar, dia akan jadi pengembala atau petani moden gamaknya.
Boleh pakai topi ni untuk bergambar ria kat sini
In sya Allah budak-budak memang akan suka kat sini sebab dapat tengok kerbau, sentuh kepala kerbau dan bagi makan kerbau.

Dah alang-alang ke sini, nak ulang kembali entah bila la kan, makanya kitaorang mengambil kesempatan untuk lunch di café comel yang ada di sini. Kebetulan pula masa tuh hujan agak boleh tahan, makanya sesuai benarlah kitaorang melepak di café dan merasa makanan yang berasaskan kerbau.
Pilihan menu yang ada simple tapi okay.
Kitaorang makan Buffalo Steak, French Loaf with Mozzarella Cheese dan aiskrim.

Buffalo Steak nya untuk tekak den dan buong, memang okay. Rasa sedap, tak liat dan yang penting takde bau hamis. Lemak steak ni memang terbaik. Den rasa ni menu yang paling sedap yang kitaorang makan kat sini. Cumanya mash potato tuh ada rasa sedikit weird sebab dia guna susu kerbau. Memang macam terkebil-kebil gak la nak menelannya hehehehehehe.
Buffalo Steak tuh a must eat kalau ke sini ye.

Den okay je makan French Loaf with Mozzarella Cheese tuh tapi buong tak lalu sebab rasa cheese daripada susu kerbau tuh ada bau sikit dan rasa pun macam a bit weird. Laki den tuh kan macam mana la nak masuk Fear Factor kena makan ulat bagai tuh. Makan macam ni pun dia dah tak lalu.
Aiskrim daripada susu kerbau ni not bad sebab semua orang boleh makan. Buong makan habis. Kiddos pun makan licin. Maknanya takde bau hamis ke apa la but still rasa susu kerbau memang berbeza daripada susu lembu, so aiskrim tuh tetap ada rasa sedikit weird.
Sebenarnya kita boleh tengok demonstrasi pembuatan mozzarella cheese kat sini tapi ada hari yang tertentu.

Kita juga boleh beli pelbagai produk daripada kerbau macam daging kerbau yang telah disejukbekukan, susu kerbau, Mozzarella Cheese, Riccotta Cheese, yogurt, dadih, etc.
Daging kerbau untuk steak
Masa kitaorang datang, hanya ada 1 keluarga lain kat sini. Mungkin sebab bukan cuti sekolah dan cuti umum, makanya memang tak ramai orang la.

Kalau sesiapa berhajat nak ke Buffalo Park ni, infonya kat bawah ni ye.

Waktu Operasi : 

Isnin - Khamis, Sabtu dan Ahad (9.00 pagi hingga 5.00 petang)
Jumaat cuti ye.

Telefon : 019-5596124

9 Comments

  1. First time tau ada Buffalo Park ni. Steak dia nampak sedap!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap steaknya sebab tak hamis. Kalau ke sini memang wajib cuba ye

      Delete
  2. masa kecik sempatlah heret kerbau kat sawah tu..rasanya awal 80an. skrg di kg pun sukar jumpa kerbau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sure best kenangan zaman dulu2 kan. Budak-budak zaman sekarang ni dapat tengok cicak pun dah excited

      Delete
  3. wow buffalo stik?? menarikk

    ReplyDelete
    Replies
    1. First time makan buffalo steak ni. Kalau datang ke sini jangan lupa cuba makan steak nih ye

      Delete
  4. Jalan-jalan cari makan camni yg sy suka.. pasal bab makan memang love sangat! Sebab tu la alasan susah now sy nak kurus2... hehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha....sama la kita. Entah bila la nak dapat berat badan ideal ni kalau asyik JJCM dengan jayanya

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete