Disebabkan kitaorang dah pernah makan ikan bakar di Umbai dan di Serkam, kitaorang cuba pula makan ikan bakar di Crystal Bay yang terletak paling hampir dengan Areena Deluxe Boutique Hotel (dalam 20 minit perjalanan).

Terdapat banyak restoran ikan bakar di di Medan Ikan Bakar Crystal Bay ni tapi disebabkan kitaorang malas nak berjalan nak survey bagai, kitaorang pergi ke kedai yang terletak paling depan dan dekat dengan tempat letak kereta iaitu Mukmin Ikan Bakar.
Kitaorang makan ikan jenahak (1 belah bakar dan 1 belah lagi masak masam manis), 10 ekor udang goreng nestum, 2 ekor udang goreng tepung, 4 pinggan nasi putih dan 1 jug air tembikai.
Then you wonder why your cholesterol level keeps on increasing right? Haish.

First time dalam hidup den (atau pun mungkin den dah lama tak makan ikan bakar) ada kedai yang offer menu 2 jenis untuk seekor ikan.

Masakannya memang kena dengan tekak kitaorang. Semuanya sedap lagi-lagi ikan bakar tuh. 

So untuk hidangan makan malam kitaorang pada malam tersebut kosnya adalah RM160 (ikan RM80 + udang RM50 + sotong RM18 + air tembikai RM8 + nasi RM 4).

Den rasa macam okay je kot harga tuh sebab ikan jenahak tuh sederhana besar (nih ikan jenahak yang paling kecil yang ada di situ). Nak menghabiskan ikan jenahak nih pun jenuh sebab agak besar untuk kitaorang berempat. Udang pun manis dan besar tapak tangan seekor. 

Harga asal dalam RM166 tapi tauke kedai bagi diskaun RM6. Padahal sebelum tuh dia dah bagi diskaun RM5 masa mula-mula timbang ikan jenahak tuh.

So kalau tersinggah ke Medan Ikan Bakar Crystal Bay, boleh cuba makan di kedai Mukmin Ikan Bakar sebab masakannya sedap, seafood nya fresh serta harga yang boleh tahan.

Orang cakap kalau datang kat sini kena cuba makan nasi lemak bungkus yang ada kat kedai nih tapi disebabkan dah kenyang makan baru teringat pasal nasi lemak tuh, tak dapat la nak jamah walau sebungkus sebab perut dah segah gila.
Antara kedai lain yang terdapat di sini
Sebelum kitaorang dinner di sini, sempat la kitaorang melepak sekejap kat tepi pantai Crystal Bay nih sambil tengok matahari terbenam.
Sunset tak pernah tak cantik kan?

1 Comments