Tempat nih memang tujuannya adalah untuk bergambar sahaja. Memang cantik untuk tujuan tuh pun. 

Sebab Blue Boat House dan titinya tuh hanya sebuah sahaja makanya kena bertabah dan bersabar menunggu giliran untuk mengambil gambar ye nak-nak pula kalau yang spesies bergambar tuh nak buat 44 aksi masa bergambar tanpa memperdulikan berapa ramai orang yang sedang beratur menunggu giliran.

Alhamdulillah rezeki kitaorang masa datang ke sini ada 2 orang makwe je yang sedang bergambar ria kat Blue Boat House tuh. So kitaorang menunggu dalam 10 minit je la sebelum bergambar kat situ. 

Sakan la juga kitaorang berposing sebab tiada orang lain kat situ masa kitaorang bergambar tuh.
Semasa menunggu giliran nak bergambar
Ceritera tentang Blue Boat House
Tapi kalau kita datang dengan rombongan satu bas yang 40 orang, boleh imagine tak berapa lama masa yang perlu dihabiskan di sini bagi memastikan semua orang dapat bergambar huhuhuhuhuhu.

Bagi den okay je la nak buat 100 aksi bergambar pun kalau takde queue panjang sebab den paham, entah bila la ada peluang lagi nak datang ke sini ye tapi bertimbang rasa la hendaknya ye kalau ramai orang dok berbaris tuh.

Sementara tunggu turn bergambar, boleh je la menghayati pemandangan Swan River yang sememangnya seluas mata memandang gittew.

0 Comments