Muzium Samudera, Melaka

Walaupun dah beberapa kali ke Melaka, tak pernah tergerak hati pun nak melawat Muzium Samudera atau Muzium Maritim.

Makanya kali nih, den memang dah set nak melawat Muzium Samudera ni.

Jangan lupa tau, untuk setiap tiket masuk kita boleh masuk ke dalam 3 muzium sekaligus iaitu Muzium Samudera Fasa 1, Muzium Samudera Fasa 2 dan Muzium TLDM.

Den sebenarnya dah tau pasal 3 muzium tuh tapi disebabkan pergi ke sana tengah-tengah hari rembang yang panas lit-lit, dah terlupa langsung nak masuk ke Muzium TLDM. Rugi betul rasanya. Macam kena ulang pergi lagi nih hehheehheehehe.

Muzium yang paling menarik bagi den adalah Muzium Samudera Fasa 1 yang merupakan sebuah kapal layar Portugis yang dibina berdasarkan model dan skala kapal sebenar. 
Mula-mula den ingatkan kapal nih kapal asal yang telah dibaikpulih tapi ia adalah kapal yang dibuat semula.

Banyak sungguh maklumat di dalam kapal nih, dah setanding muzium kat London dan Perth dah. Antara maklumat yang ada di dalam perut kapal adalah peta dunia, peta Melaka, sejarah kejatuhan Melaka, kronologi pembinaan Muzium Samudera, tinggalan artifaks macam peti besi dari Belanda (kukuh betul buatan orang dulu), meriam, peluru meriam, matawang timah (bentuk syiling, buaya,  kura-kura, ikan dan ayam), pistol, replika kapal, etc.
Setiap compartment di dalam kapal ini juga dibuat berdasarkan kapal asal. Kat sini kita boleh tengok bilik kapten yang merupakan ruang paling besar dalam kapal nih den rasa. Ada juga ruang untuk menempatkan pesalah di sepanjang pelayaran sehingga sampai ke daratan.
Ruang meletakkan pesalah
Patung-patung yang ada di dalam kapal nih macam spooky la juganya kalau ditengok pada waktu malam. Dasar scaredy cat memang camni la. Patung pun takut hehehehehehhehe.

Walaupun panas lit-lit sampai tak boleh buka mata, tetap la jua kitaorang mengambil gambar sekupang dua sebab entah bila lagi nak ke sini kan.

Muzium Samudera Fasa 2 juga mempunyai bahan pameran yang tidak kurang hebatnya seperti khazanah dan artifak maritime cuma antara kita rajin dan sempat membaca ke tidak je la. Siap ada replika penyu belimbing dan jenis rempah ratus yang terlibat dengan perdagangan di zaman kegemilangan Melaka.
Anak-anak den paling tertarik nak main congkak yang terdapat di satu ruang di dalam Muzium Samudera Fasa 2 ni. First time seumur hidup diaorang terjumpa congkak, makanya extra perak atau jakun la. Sempat la den ajar diaorang main congkak sekupang dua kat sini.
Sayangnya den terlupa nak masuk Muzium TLDM. So tak pasti maklumat apa yang ada di sini.

Dengan harga tiket yang sangat murah iaitu RM 5 bagi dewasa dan RM 3 bagi kanak-kanak berusia 3 hingga 12 tahun, den rasa memang sangat berbaloi untuk bawa keluarga untuk ke sini. Masa kitaorang datang tuh, F siap dapat masuk free lagi, baik hati adik yang bertugas di kaunter tuh.

Muzium Samudera atau Muzium Maritim nih den rasakan antara tempat wajib lawat kalau datang ke Melaka.

Kita boleh parking kereta di tempat letak kereta sebelah Muzium Kastam atau Medan Selera seberang jalan dengan Muzium Samudera ni.

Harga tiket : Dewasa (RM5), Kanak-kanak (3 -12 tahun) RM3

Waktu Operasi : Isnin - Jumaat : 9 pagi - 5 petang

Sabtu - Ahad : 9 pagi - 7 malam

Facebook : Muzium-Samudera

4 comments:

  1. Menarik jugak Muzium Samudera ni. X pernah masuk pun walaupun dah banyak kali ke Melaka. Kalo ke Melaka, leh bawak anak2 I ke sini nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat nih memang menarik cuma kalau boleh jangan pergi masa panas lit-lit hehehehehehe

      Delete
  2. Walaupun sy orang Melaka tapi asyik tak berkesempatan je nak p muzeum ni. Setiap kali nak p dah nak tutup. Hahaha... memang kena p jugak suatu hari kat sini ni. Rugi rasanya tak pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wajib pergi nih Ezzan sebab memang serious menarik. Banyak info cuma sempat tak sempat nak baca je

      Delete

Powered by Blogger.