Den memang bukan tergolong dalam golongan emak yang rajin memasak sejak dulu sampai la sekarang tapi den memang buat perencah sendiri yang sangat sempoi ni sejak zaman belum ada anak lagi.

Resepi ni bagi den memang sempoi habis tetapi berbaloi untuk orang malas macam den ni.

Perencah sempoi ni den dah guna untuk pelbagai masakan daripada nasi goreng, masak kicap, pasta goreng, sayur, cucur udang/bilis/bawang dan pelbagai masakan lain lagi.

Bahan-bahan

1. Setengah (1/2) kilogram CILI HIDUP MERAH (bukan cili kering ye)

2. Suku (1/4) kilogram BAWANG MERAH (tak kisah la bawang kecil atau bawang besar)

3. Suku (1/4) kilogram IKAN BILIS (tak kisah bilis mata biru ke takde mata ke)
Cara Penyediaan Perencah

1. Buang semua biji cili daripada cili hidup merah.

2. Masukkan semua bahan di atas (cili hidup merah, bawang merah dan ikan bilis) ke dalam blender.
3. Masukkan air suku daripada bahan yang telah dimasukkan dalam pengisar.

#Kalau nak perencah yang lebih cair, letak lebih banyak air. Ikut kita nak letak air banyak mana k.

4. Kisarkan sehingga halus.
5. Masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam bekas dan simpan di bahagian peti sejuk beku (freezer).
6. Jika nak masak pada waktu lepas balik kerja, keluarkan perencah dari peti sejuk beku dan diletakkan pada peti ais bahagian bawah sebelum pergi kerja pada waktu pagi ye.

Masa potong cili dan buang biji cili tuh kalau boleh pakai sarung tangan ye sebab nak mengurangkan pijar kepada tapak tangan.

Den akan sediakan bahan perencah ni 2 atau 3 kali setahun disebabkan jarang memasak.

Biasanya den habis guna perencah ni dalam masa 4 - 5 bulan.

Boleh je kalau nak buat perencah ni sebulan atau seminggu sekali untuk lebih fresh tapi untuk orang malas cam den nih ha, okay je la buat 2 atau 3 kali setahun hehehehehe.

Disebabkan jarang sangat buat perencah ni, selalu je la terlupa nak pakai glove huhuhuhu. Makanya memang la akan terjebak dengan tragedi tapak tangan pijar huhuhuhu.

Den memang tidak masukkan bawang putih sebab ada resepi macam campuran cucur tak perlukan bawang putih.

Selamat mencuba resepi perencah sempoi nih ye.

#Member den ada cakap ada pakar pemakanan bagitau bahawa bawang yang diblender tak elok disimpan lebih seminggu di dalam peti ais dan mungkin menyumbang kepada penyakit kanser. So nampaknya lepas nih mungkin kena blend cili + bilis je untuk simpan lama. Bawang kita blend seminggu sekali atau paling rajin setiap kali kita nak guna perencah nih gittew.

0 Comments